• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

DRB-Hicom Kembali Mencatat Keuntungan, Raih Untung Bersih RM143.95 Juta Pada Suku Ketiga

in Catalyst, Saham
A A
DRB-Hicom Catat Keuntungan Bersih RM47.5 Juta Pada Suku Ketiga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — DRB-Hicom Bhd kembali mencatatkan keuntungan pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2022, mencatatkan keuntungan bersih RM143.95 juta berbanding kerugian bersih RM179.44 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil bagi tempoh dalam tinjauan melonjak 114.2 peratus kepada RM4.54 bilion daripada RM2.1 bilion sebelumnya.

“Perolehan yang lebih tinggi itu disumbangkan terutamanya oleh jualan yang lebih tinggi daripada Proton serta hasil yang lebih tinggi daripada syarikat pembuatan dan kejuruteraan dan pengedaran automotif,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mengenai industri, DRB-Hicom berkata industri automotif kekal di landasan untuk mencapai unjuran jumlah volum industri (TIV) 2022 sebanyak 630,000 unit.

Jualan kenderaan meningkat lebih 60 peratus kepada 516,798 unit dalam sembilan bulan pertama 2022 manakala Proton melebihi pencapaian jualan 100,000 unit, menjual 102,353 unit bagi tempoh kewangan berakhir 30 Sept 2022 daripada 73,017 unit dalam tempoh yang sama.

“Selain itu, pertumbuhan memberangsangkan dalam jumlah jualan ini memacu prestasi yang lebih baik bagi syarikat pembuatan dan kejuruteraan dalam kumpulan kerana mereka membentuk sebahagian daripada rantaian bekalan Proton,” katanya.

— BERNAMA

Tags: automotifDRB-HicomKeputusanProtonsuku ketiga tahun kewangan 2022
Share251ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In