“ Malas nak baca prospektus yang panjang lebar? Nah kami ringkaskan”
ITMAX System Berhad merupakan syarikat yang membekalkan perkhidmatan sistem rangkaian untuk Smart City di Malaysia.
Antara produk dan servis syarikat ini adalah sistem lampu isyarat, kamera pengawasan, perisikan analitik dan pelbagai lagi.
Syarikat ini dijangka akan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 13 Disember 2022. Dengan terbitan lebih daripada 320 juta unit saham untuk didagangkan.
Prospektus awal syarikat ini telah ada di laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk pelabur muat turun.
Mari kita melihat 10 fakta menarik tentang IPO ITMAX System Berhad ini.
1.Status Syariah ITMAX
Menurut sumber daripada prospektus ITMAX System Berhad ini, status saham syarikat ini telah disahkan patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Jadi pelabur beragama Islam boleh memohon tanpa was-was.
2. Produk & Servis Yang ITMAX Sediakan
Terdapat 5 segmen perniagaan ITMAX System Berhad ini, antaranya adalah seperti:-
- Rangkaian video pengawasan
- Rangkaian pengurusan sistem trafik
- Rangkaian sistem pelampuan
- Telekomunikasi
- Pendigitalisasi maklumat
Nampaknya produk syarikat ini agak berbeza dengan syarikat-syarikat tersenarai sedia ada di Bursa Malaysia.
3. Jumlah Terbitan Saham ITMAX
Jumlah keseluruhan saham yang bakal diterbitkan adalah sebanyak 320 juta unit sebelum diskala semula.
Daripada jumlah tersebut, sekitar 289.16 juta unit diperuntukan untuk pelabur institusi dan bakinya 30.84 juta unit untuk pelabur runcit.
Daripada 30.84 juta unit ini pula, hanya 20.56 juta unit untuk direbutkan oleh pelabur melalui undian kelak.
4. Duit IPO Digunakan Untuk Apa?
Berdasarkan sumber, wang yang diperolehi melalui penyenaraian awam ini akan digunakan untuk beberapa perkara. Antaranya adalah seperti:-
- Mengembangkan permohonan bandar bijak dengan kerajaan negari, kementerian dan pelanggan sedia ada.
- Tingkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan.
- Kembangkan perniagaan
- Kembangkan rangkaian infrastruktur telekomunikasi
- Modal pasaran
- Bayaran semula hutang
- Pembayaran fi dan upah menyenaraikan IPO
5. Pelanggan Utama ITMAX Berhad
Berdasarkan sumber di atas, kita dapat melihat pelanggan utama syarikat ini untuk tiga tahun terkini adalah daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menyumbang jumlah yang besar kepada pendapatan keseluruhan syarikat.
6. Pesaing Kepada Syarikat ITMAX
Gambar diatas menunjukan persaing kepada ITMAX System Berhad. Jika kita lihat dari sudut hasil jualan, ITMAX bukanlah yang terbaik tetapi dari segi untung bersih syarikat, ITMAX dilihat menyerlah berbanding yang lain.
7. Saiz Pasaran ITMAX
Untuk tiga segmen perniagaan syarikat iaiatu segmen ekonomi digital, Perkhidmatan ICT dan konsultasi perkhidmatan komputer, ITMAX mempunyai saiz pasaran kurang daripada 1%.
8. Keuntungan Syarikat Yang Meningkat
Pendapatan bersih syarikat ini dilihat meningkat saban tahun dan peningkatan ketara dilihat antara tahun oleh syarikat.
Adakah ini satu petanda yang baik kepada syarikat ini?
9. Pendapatan Berdasarkan Segmen Perniagaan
Pendapatan menerusi segmen pembekalan dan pemasangan sistem rangkaian adalah pendapatan terbesar syarikat ini untuk tiga tahun terkini.
Pendapatan untuk segmen penyediaan fasiliti rangkaian pula meningkat dengan sangat drastik sejak tahun 2019 sehingga tahun 2021.
10. Struktur Pentadbiran ITMAX
Syarikat ini diterajui oleh Tan Wei Lun (TWL) sebagai Pengarah dan ketua pegawai eksekutif syarikat dan dibantu oleh Datin Afinaliza dan Tan Sing Chia sebagai pengarah eksekutif syarikat.
Permohonan IPO ini telah dibuka hari ini (25 November 2022) dengan harga tawaran RM1.07. Tarikh tutup permohonan pula islah pada 1 Disember 2022, 5 petang.
Anda rasa IPO ITMAX nanti boleh meroket atau kecundang pada hari pertama dagangan?
 
			 
		    




