• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Untung Bersih Suku Ketiga Pharmaniaga Susut Kepada RM8.62 Juta

in Market Update, Saham
A A
Pharmaniaga Akan Bekal 12 Juta Dos Vaksin Covid-19 Kepada Kerajaan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Pharmaniaga Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah kepada RM8.62 juta dalam suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2022 (S3 TK2022) berbanding RM49.84 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Perolehan hasil bagi suku di bawah kajian itu turut berkurangan sebanyak 56.6 peratus kepada RM924.68 juta daripada RM2.13 bilion direkodkan bagi tempoh sama setahun lepas ketika negara memasuki fasa pandemik COVID-19.

“Malah, kumpulan itu turut mencatat jualan rendah daripada segmen konsesi akibat tempoh waktu pesanan daripada Kementerian Kesihatan.

“Bagaimanapun, penurunan hasil itu sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan hasil segmen lain termasuk bukan konsesi dan perniagaan Indonesia,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Bagi kemajuan masa depan, Pharmaniaga berkata perniagaan kumpulan di Indonesia akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhannya susulan prestasi yang memberangsangkan, didorong oleh peningkatan kecekapan operasi dan pendigitalan dengan langkah pengoptimuman stok sedia ada, usaha pengumpulan secara agresif selain meningkatkan portfolio produk.

Setakat 30 Sept, 2022, operasi perniagaan Indonesia mencatat pertumbuhan hasil sebanyak lapan peratus dan secara keseluruhannya, kumpulan tersebut menyasarkan mengakhiri tahun kewangan 2022 dengan peningkatan pertumbuhan sebanyak 15 peratus.

Di peringkat tempatan, tumpuan kumpulan tersebut adalah untuk memanfaatkan pasaran swasta susulan pertumbuhan portfolio memberangsangkan yang meningkat sebanyak 57 peratus bagi suku ke suku ke suku serta 55 peratus bagi tahun ke tahun.

“Kami menyasarkan untuk meraih hasil melebihi RM120 juta dengan jangkaan pertumbuhan 60 peratus daripada sektor swasta menjelang akhir tahun,” kata kenyataan itu.

Kumpulan itu menjangkakan perniagaan konsesi akan terus mencatat pertumbuhan yang dianggarkan lapan peratus tahun ini ketika Kementerian Kesihatan meningkatkan produknya dalam senarai belian produk yang diluluskan.

— BERNAMA

Tags: Kementerian KesihatanKeputusanpenjagaan kesihatanPharmaniaga
Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In