• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Berikutan Sentimen Lebih Baik

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal hari ini berikutan pelabur mengalu-alukan berita positif daripada mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada November apabila para pegawai bersetuju bahawa kadar kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan berkemungkinan wajar tidak lama lagi.

Pada 9.07 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 13.55 mata kepada 1,457.05 daripada 1,443.5 pada Rabu.

Saham pandu pasaran dibuka tinggi 7.18 mata kepada 1,450.68.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 261 berbanding 92 manakala 190 kaunter tidak berubah, 1,790 tidak diniagakan dan 84 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 464.42 juta unit bernilai RM186.57 juta.

Dalam kalangan saham perbankan, Maybank naik 15 sen kepada RM8.70, Public Bank meningkat sembilan sen kepada RM4.37 dan CIMB menambah 10 sen kepada RM5.61.

Secara keseluruhan, saham ini menyumbang 7.84 mata kepada indeks komposit.

Bursa serantau juga berada pada aliran meningkat dengan Nikkei 225 Jepun naik 1.32 peratus kepada 28,485.54, Indeks Straits Times Singapura menambah 0.27 peratus kepada 3,264.67 dan Kospi Korea Selatan meningkat 0.52 peratus kepada 2,430.48.

Dalam negara, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sokongan belian berkemungkinan daripada institusi tempatan, yang boleh menyebabkan indeks mengakhiri hari ini melebihi paras 1,440.

Dari aspek politik, katanya keputusan UMNO untuk menyokong cadangan Yang di-Pertuan Agong mengenai kerajaan perpaduan berpotensi untuk menamatkan kebuntuan politik yang berlaku dan ini boleh menyuntik keyakinan dalam bursa tempatan. 

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,440-1,460 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals naik enam sen kepada RM8.84, Tenaga meningkat dua sen kepada RM8.44 dan Press Metal menambah satu sen kepada RM4.84.

IHH Healthcare merosot satu sen kepada RM5.98 serta Hong Leong Bank dan Petronas Gas, masing-masing berkurangan dua sen kepada RM20.46 dan RM16.88.

Dalam kalangan saham aktif, Advance Synergy menambah lima sen kepada 22.5 sen, Malayan United naik satu sen kepada 11 sen dan MyEG meningkat 1.5 sen kepada 81 sen manakala Eden merosot 3.5 sen kepada 15.5 sen dan Thriven berkurangan 2.5 sen kepada 13 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 83.09 mata kepada 10,349.31, Indeks FBM Emas Shariah menambah 38.55 mata kepada 10,455.28, Indeks FBMT 100 meningkat 85.02 mata kepada 10,082.45, FBM ACE naik 27.06 mata kepada 5,000.79 dan FBM 70 menokok 68.64 mata kepada 12,319.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 198.67 mata kepada 16,366.88 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.82 mata kepada 180.68 manakala Indeks Perladangan berkurangan 35.96 mata kepada 6,831.73 dan Indeks Tenaga merosot 3.34 mata kepada 740.52. 

— BERNAMA 

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIFed ASRakuten Trade
Share233ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In