• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

ECA Integrated Disenaraikan Kukuh Di Pasaran ACE Pada 65 Sen

in Catalyst, Saham
A A
ECA Integrated Disenaraikan Kukuh Di Pasaran ACE Pada 65 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Penyedia perkhidmatan pembuatan automatik, ECA Integrated Solution Bhd (ECA) membuat penampilan sulung yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 65 sen — premium 282.4 peratus berbanding harga tawaran awam permulaannya (IPO) pada 17 sen.

Ketika awal dagangan, syarikat teknologi berpangkalan di Pulau Pinang itu menyaksikan pembukaan jumlah dagangan sebanyak 10.04 juta saham bertukar tangan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi ECA, Chua Lye Hock yang berpuas hati dengan harga pembukaan yang mantap itu menyifatkan penyenaraian pada hari ini menandakan kejayaan penting dalam sejarah korporat syarikat.

“Saya percaya ia gambaran daripada keyakinan pelabur dalam perniagaan dan prospek masa hadapan kami. Sehubungan itu, kami akan bekerja keras untuk meningkatkan pertumbuhan kumpulan pada tahap yang seterusnya.

“Kami akan mengembangkan output dan meningkatkan kemampuan di samping menawarkan penyelesaian kilang pintar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chua berkata penyelesaian kilang pintar adalah kemajuan yang menjadi kebiasaan bagi syarikat memandangkan mereka telah menawarkan penyelesaian pembuatan pintar sejak Okt 2020.

“Yang pertama melibatkan perancangan metodologi lebih besar serta usaha reka bentuk dan pembangunan untuk mengintegrasikan dan mengautomatikkan proses pembuatan dan bukan pembuatan bagi kemudahan pembuatan pelanggan kami menerusi teknologi Internet Pelbagai Benda.

“Kami telah menerima pertanyaan daripada pelanggan utama mengenai perkara ini dan sedang melaksanakan pengkonsepan dan reka bentuk penyelesaian kilang pintar untuk mereka,” katanya.

Daripada RM25.5 juta yang diraih daripada pelaksanaan IPO itu, sebanyak RM7.7 juta akan diperuntukkan untuk membeli jentera dan RM14.0 juta bagi modal kerja, manakala RM2.8 juta dan RM1.0 juta masing-masing akan digunakan untuk membayar anggaran perbelanjaan penyenaraian serta pembayaran balik pinjaman bank.

UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd pula bertindak sebagai penasihat utama, penaja serta ejen bagi penempatan dan penaja jamin bagi IPO tersebut.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaECAIPOpasaran ACEpremium
Share255ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In