• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Terus Susut Pada Awal Sesi Dagangan

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan trend menurun yang dipamer semalam dan dibuka rendah pagi ini kerana sentimen pasaran masih diselubungi oleh perkembangan terkini politik semasa dalam negara.

Pada 9.09 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.18 mata kepada 1,436.11 daripada 1,441.29 pada Selasa.

Pasaran memulakan urus niaga pagi ini pada paras 1,431.9, turun 9.39 mata.

Di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 152 berbalas 141, manakala 195 kaunter tidak berubah, 1,813 tidak diniagakan dan 84 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 209.97 juta unit bernilai RM99.28 juta.

Dalam satu nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata sebarang kenaikan di pasaran tempatan boleh terjejas oleh perkembangan yang tidak stabil dalam kancah politik.

Ia berkata kejelasan yang lebih nyata mengenai pemilihan perdana menteri ke-10 Malaysia bagaimanapun boleh meningkatkan keyakinan pelabur.

“Sementara itu, saham yang tiada kaitan politik dengan asas yang kukuh mungkin menjadi trend di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan — saham perbankan, telekomunikasi dan utiliti mungkin menyerlah. Selain itu, syarikat berorientasikan eksport dijangka mendapat manfaat berikutan nilai dolar AS yang kukuh,” katanya.

Selain itu, firma broker itu berkata pelabur juga akan memberi tumpuan  kepada musim pelaporan yang berterusan.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan sentimen akan kekal berhati-hati dalam beberapa hari akan datang sehingga terdapat lebih banyak kejelasan dalam perkembangan politik.

“Oleh itu, kami mengunjurkan indeks untuk berlegar dalam julat 1,430-1,450 hari ini kerana spekulasi masih berterusan dan ini menyebabkan pelabur menjauhi pasaran,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank susut satu sen kepada RM4.28, Petronas Chemicals turun dua sen kepada RM8.68, Tenaga kerugian sembilan sen menjadi RM8.35, dan Hong Leong Bank lemah enam sen kepada RM20.50.

Maybank pula tidak berubah pada RM8.54, manakala kedua-dua CIMB dan IHH Healthcare meningkat satu sen setiap satu kepada RM5.52 dan RM5.93.

Antara saham aktif, Advance Synergy kekal pada 18 sen, Eca Integrated menokok 53.3 sen kepada 70.5 sen, Eden menambah 1.5 sen menjadi 19 sen, Malayan United peroleh setengah sen kepada 10.5 sen, manakala Malaysia Steel dan P.A Resources menambah satu sen setiap satu kepada 43.5 sen dan 26.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 25.91 mata untuk mencatatkan paras 10,221.25, Indeks FBM Emas Syariah kerugian 28.8 mata menjadi 10,350.46, Indeks FBMT 100 turun 26.86 mata kepada 9,949.77 dan FBM ACE jatuh 61.82 mata kepada 4,910.61.

Bagaimanapun, FBM 70 mengembang 3.48 mata kepada 12,207.11.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 30.04 mata kepada 16,141.87, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.13 mata menjadi 178.72 dan Indeks Perladangan susut 51.38 mata kepada 6,790.84, manakala Indeks Tenaga menambah 0.18 mata kepada 729.46.

— BERNAMA


Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiesPerdana MenteriRakuten
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In