• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Airasia X Catat Untung RM25 Juta Pada Suku Kelima 30 September

in Catalyst, Saham
A A
Airasia X Catat Untung RM25 Juta Pada Suku Kelima 30 September
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 22 Nov  (Bernama) — AirAsia X (AAX) mencatatkan keuntungan bersih RM25.09 juta dan hasil sebanyak RM100.10 juta bagi suku kelima berakhir 30 Sept, 2022 (S5 2022) selaras dengan pemulihan ekonomi pasca pandemik.

Disebabkan oleh perubahan dalam tempoh kewangan yang dilaporkan, tiada sebarang angka yang boleh diperbandingkan bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata “AAX kini berada di landasan yang tepat dalam laluan pemulihannya walaupun syarikat penerbangan ini terpaksa beroperasi dalam persekitaran yang mencabar disebabkan harga bahan api yang tinggi dan ringgit Malaysia yang lemah berbanding dolar AS.”

“Walaupun kami berhati-hati dengan keadaan operasi yang mencabar, kami tetap yakin bahawa pemulihan syarikat semakin hampir, namun masih belum dalam jangkauan kami.

“Di sebalik keadaan kadar tambang yang lebih tinggi, kami yakin masih dapat menyediakan tambang yang bernilai terbaik dalam kategori kami di pasaran.

“Kami berharap dapat menyambung semula perkhidmatan dengan lebih banyak ke destinasi jarak pertengahan kami dalam beberapa bulan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 18 Ogos, 2022, AAX mengumumkan perubahan akhir tahun kewangannya kepada 31 Dis, 2022.

Pada 2 Dis, 2020, ia telah mengumumkan perubahan pada akhir tahun kewangannya daripada 31 Dis, 2020 kepada 30 Jun. 2021, dan ini menyebabkan tiada maklumat perbandingan kewangan yang tersedia untuk tempoh yang sama bagi tahun kewangan sebelumnya.

Syarikat penerbangan pertengahan gabungan AirAsia Aviation Group itu juga berkata kedudukan tunainya meningkat tiga kali ganda kepada RM79.5 juta.

AAX berkata pemulihan yang merentas semua metrik utama telah bertambah baik dengan ketara memandangkan penerbangan membawa penumpang dan sewa berjadual serta hasil sampingan, telah menunjukkan pemulihan yang kukuh berbanding suku sebelumnya.

 Faktor muatan penumpang (PLF) mencatatkan 73 peratus pada suku tersebut, kurang 10 mata peratusan daripada PLF sebelum COVID-19 iaitu sebanyak 81 peratus pada 2019.

Syarikat itu juga menerbangkan sejumlah 80,385 penumpang bagi tempoh tinjauan berbanding 8,892 penumpang dalam tempoh April 2022 hingga Jun 2022.

Kapasiti tempat duduknya meningkat kepada 110,615 pada suku tersebut daripada 27,521 pada suku sebelumnya apabila pasaran dan kekerapan tambahan diperkenalkan pada S5 2022.

Pada masa ini, AAX mengendalikan enam pesawat A330 daripada sembilan pesawat A330 dengan dua pesawat A330 dipulangkan pada suku dalam tinjauan.

Syarikat penerbangan itu menjangkakan untuk menambah armada operasinya kepada 13 pesawat A330 menjelang separuh pertama 2023.

— BERNAMA 

Tags: AAXBenyamin IsmailCOVID-19Keputusan
Share258ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In