• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Sime Darby Plantation Merosot Kepada RM396 Juta Pada Suku Ketiga

in Catalyst, Saham
A A
Untung Bersih Sime Darby Plantation Merosot Kepada RM396 Juta Pada Suku Ketiga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Sime Darby Plantation Bhd (SDP) merosot hampir 35 peratus kepada RM396 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2022 daripada RM609 juta pada suku tahun sama pada tahun lepas, menerima impak daripada keuntungan sebelum faedah dan cukai (PBIT) berulang yang rendah daripada segmen huluan.

Bagaimanapun, perolehan meningkat 7.0 peratus kepada RM5.39 bilion daripada RM5.06 bilion, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Katanya walaupun purata harga minyak sawit mentah (MSM) direalisasikan lebih tinggi sebanyak 13 peratus, PBIT berulang untuk perniagaan huluan merosot kepada RM249 juta atau susut 73 peratus daripada PBIT suku ketiga tahun kewangan 2021 sebanyak RM912 juta.

Ini berikutan penurunan 8.0 peratus untuk pengeluaran buah tandan segar (BTS) dan kadar pengekstrakan minyak (OER) yang rendah, jatuh daripada 21.59 peratus kepada 20.88 peratus.

“Tambahan pula, penurunan mendadak harga pasaran pada suku tahun semasa membawa kepada penurunan penilaian ke atas inventori minyak dan aset biologinya.

“Kerugian yang ditanggung oleh operasi di Malaysia sebahagian besarnya didorong oleh kekurangan buruh yang teruk, memberi impak kepada aktiviti penuaian, menyebabkan penurunan yang ketara dalam pengeluaran BTS dan OER,” katanya.

Menurut SDP, PBIT daripada sektor hiliran meningkat kepada RM337 juta pada suku tahun semasa, sebahagian besarnya berikutan margin lebih tinggi yang dijana oleh operasi pukal Asia Pasifik dan operasi yang berbeza, mengurangkan margin yang rendah dicatatkan oleh kilang penapisan di Eropah dan penurunan jumlah jualan di semua kawasan.

Operasi lain melaporkan keuntungan yang lebih tinggi berikutan sumbangan yang tinggi daripada unit agribio dan penyelidikan kumpulan.

Sementara itu, keuntungan daripada urus niaga tidak berulang pada suku tahun semasa terutamanya yang terdiri daripada keuntungan daripada penyelesaian yang diraih selepas penjualan anak syarikat di Liberia pada tahun sebelumnya.

“Kumpulan menjangka pengeluaran BTS secara keseluruhannya lebih rendah daripada tahun sebelumnya berikutan aliran masuk pekerja asing yang perlahan ke Malaysia.

“Bagaimanapun, SDP optimis untuk pengeluaran pada 2023 berikutan lebih ramai pekerja asing dijangka tiba dan usaha berterusan untuk pendigitalan, mekanisasi dan mengautomasikan operasi dijangka meningkatkan produktiviti, terutamanya di Malaysia,” menurut syarikat perladangan itu.

Pengarah Urusan Kumpulan Mohamad Helmy Othman Basha dalam kenyataan berkata kemasukan lebih ramai pekerja asing ke Malaysia kini semakin cepat.

“Dalam pada kami mengurangkan keperluan pekerja manual dalam semua aktiviti bukan penuaian kami, kami menyasarkan untuk mencapai nisbah kepadatan penduduk untuk sesuatu wilayah sebanyak 17.5 hektar untuk setiap pekerja pada akhir 2024, yang akan menjadi peningkatan yang besar berbanding purata industri semasa sebanyak 8 hektar bagi setiap pekerja.

“Dengan automasi dan pendigitalan, kami menyasarkan untuk menjadikan kerja di ladang sebagai kurang sukar dan lebih canggih untuk menarik generasi baharu tenaga kerja tempatan yang mahir,” katanya.

Harga MSM kini stabil berikutan peningkatan bekalan di negara-negara pengeluar yang memenuhi permintaan global yang meningkat selepas ia mencapai paras tertinggi pada separuh pertama 2022.

Harga MSM dijangka kekal menarik berbanding minyak sayuran alternatif, yang akan terus menyokong permintaan.

— BERNAMA

Tags: hiliranhuluanMSMPBIT berulangSDP
Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In