KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) — Sunsuria Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Nanjing University of Chinese Medicine (NJUCM) untuk memacu pembangunan bersama pusat perubatan tradisional Cina (TCM) di Malaysia.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya di bawah MoU tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk sama-sama membangunkan pusat perubatan Cina China-Malaysia, bekerjasama untuk membina hab eksport perkhidmatan TCM, menjalankan pendidikan akademik berteraskan TCM dan latihan bukan akademik serta membentuk kerjasama lain seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
“MoU itu akan berkuat kuasa dari tarikh pelaksanaan dan akan terus berkuat kuasa serta berkuat kuasa untuk tempoh sah selama lima tahun melainkan ditamatkan atau diperbaharui atas persetujuan bersama antara pihak.
“MoU itu adalah usaha untuk kerjasama antarabangsa yang diterajui oleh National Administration of Traditional Chinese Medicine of China, yang akan dimulakan bersama oleh NJUCM dan Sunsuria,” katanya.
Katanya MoU itu tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham atau mana-mana pihak berkuasa lain yang berkaitan dan dijangka tidak memberi impak yang ketara ke atas pendapatan, aset bersih dan tahap kadar hutang syarikat dan kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2023.
— BERNAMA




