• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Keuntungan Bersih Malayan Flour Mills Naik Kepada RM46.21 Juta Pada Suku Ketiga

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Keuntungan Bersih Malayan Flour Mills Naik Kepada RM46.21 Juta Pada Suku Ketiga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Malayan Flour Mills Bhd meningkat kepada RM46.21 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2022 daripada RM3.91 juta pada suku yang sama tahun lepas, dirangsang oleh bahagian keuntungannya daripada usaha sama ekuiti, Dindings Tyson Sdn Bhd.

Bagaimanapun, kumpulan itu mencatatkan keuntungan operasi yang lebih rendah sebanyak RM41.10 juta pada suku di bawah kajian daripada RM48.21 juta pada suku ketiga 2021 kebanyakannya disebabkan oleh keuntungan yang lebih rendah daripada segmen perdagangan tepung dan bijirin.

Hasil meningkat 28.8 peratus kepada ٍRM799.45 juta pada suku ketiga 2022 berbanding RM620.52 juta sebelumnya.

“Ini disebabkan oleh jualan lebih tinggi dicatatkan dalam segmen dagangan tepung dan bijirin yang meningkat sebanyak 28.7 peratus,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Malayan Flour Mills berkata bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2022, hasil meningkat kepada RM2.10 bilion daripada RM1.73 bilion, ia disokong oleh strategi pelarasan harga dalam segmen perdagangan tepung dan bijirin.

Bagaimanapun, keuntungan bersih untuk bagi tempoh sembilan bulan untuk tahun  2022 turun kepada RM98.17 juta daripada RM149.88 juta tahun ke tahun.

Mengenai prospek, kumpulan itu berkata industri tepung di Malaysia dijangka mengalami cabaran untuk baki 2022 berikutan ketidaktentuan makro yang berterusan.

“Walaupun beberapa harga komoditi mula stabil, harga gandum dijangka kekal meningkat sehingga 2023 dengan perubahan cuaca global.

“Inflasi yang meningkat dan kelemahan ringgit dalam menghadapi dolar US yang kukuh akan menambahkan lagi tekanan kos,” katanya.

Malayan Flour Mills berkata ia akan terus memantau harga gandum global dan bekalan gandum kerana faktor-faktor ini akan memberi kesan kepada harga tepung pada masa hadapan.

— BERNAMA 

Tags: Bursa MalaysiaKeputusanMalayan Flour Mills Bhd
Share284ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In