• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Sentimen Berhati-Hati Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Sentimen pasaran yang kekal berhati-hati menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Sabtu ini mendorong Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini.

Prestasi lemah pasaran tempatan turut mengambil petunjuk daripada aliran penurunan semalaman di Wall Street.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.86 mata kepada 1,446.52 daripada 1,448.38 pada penutupan urus niaga Rabu.

Pasaran dibuka rendah 1.82 mata pada 1,446.56.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 133 berbalas 84, manakala 178 kaunter tidak berubah, 1,937 tidak diniagakan dan 47 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 118.29 juta unit bernilai RM108.44 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen pasaran tempatan dijangka kekal suram sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat, dengan prestasi pasaran yang lebih sederhana di Wall Street.

“Tumpuan utama terarah kepada keputusan PRU15, dan masih tidak pasti parti mana yang mendahului pada ketika ini.

“Pelabur mungkin memilih saham bersifat defensif merangkumi saham pengguna, telekomunikasi dan utiliti di tengah-tengah persekitaran turun naik pasaran yang kian ketara,” katanya.

Namun begitu, bergerak ke hadapan, firma pembrokeran itu menjangkakan pemulihan menyeluruh mungkin berlaku selepas PRU15 kerana ekonomi semakin bertambah baik seperti yang ditunjukkan dalam keluaran dalam negara kasar suku ketiga Malaysia.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia –  Maybank dan Public Bank naik dua sen setiap satu kepada RM8.53 dan RM4.32, CIMB menambah satu sen menjadi RM5.36 manakala Petronas Chemicals dan IHH Healthcare tidak berubah, masing-masing pada RM8.62 dan RM5.95.

Antara saham aktif, Advance Synergy dan AHB Holdings meningkat setengah sen setiap satu kepada 12.5 sen dan 11.5 sen, Perdana Petroleum menambah tiga sen kepada 12 sen, manakala Icon Offshore dan Eduspec Holdings tidak berubah pada 14 sen dan dua sen. 

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas Syariah lemah 24.61 mata menjadi 10,428.20, Indeks FBM Emas berkurangan 11.76 mata kepada 10,283.20, FBM ACE menguncup 20.70 mata kepada  4,976.47, Indeks FBMT 100 lemah 13.61 mata menjadi 10,010.25 dan FBM 70 kerugian 19.71 mata kepada 12,234.34. 

Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 0.01 mata kepada 720.11, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 17.39 mata menjadi 16,106.70 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.04 mata kepada 178.81, manakala Indeks Perladangan susut sebanyak 1.46 mata kepada 6,900.74.

— BERNAMA


Tags: pembukaanPRU15TAG: Bursa Malaysia
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In