• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Resort, Taman Tema Di Kepala Batas Pacu Ekonomi Tempatan, Sedia 300 Peluang Pekerjaan

in Berita
A A
Resort, Taman Tema Di Kepala Batas Pacu Ekonomi Tempatan, Sedia 300 Peluang Pekerjaan

Kredit gambar: Bernama

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KEPALA BATAS, 16 Nov (Bernama) — Sebuah projek baharu dinamakan Bertam Resort and Water Park bernilai RM90 juta bakal menjadi satu daripada tarikan utama di kawasan itu sekali gus menjana kesan limpahan ekonomi tempatan apabila siap kelak, kata pemaju projek Anas Construction Sdn Bhd.

Pengarah Urusannya Datuk Mohamed Iqbal S. Habeeb Noohu berkata taman tema air itu kini 98 peratus siap dan akan dibuka kepada pelawat pada pertengahan Disember tahun ini.

“Kami menjangkakan taman tema itu menerima kira-kira 200,000 pengunjung setahun.

“Mengenai resort pula, ia dijangka siap pada suku pertama tahun depan,” katanya kepada media hari ini.

Mengenai harga tiket, beliau berkata ia masih belum dimuktamadkan, tetapi ia adalah berpatutan.

Terdahulu, Mohamed Iqbal membentangkan kemajuan projek itu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Kepala Batas.

Reezal Merican dalam pada itu berkata jangkaan 200,000 pelawat setahun adalah konservatif tetapi boleh dicapai, sambil menambah bahawa projek itu dijangka menyediakan 300 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat serta menjana peluang perniagaan baharu di kawasan Kepala Batas.

Resort dan taman tema bertaraf lima bintang berkonsepkan ‘Moroccan’ ini dibina di atas tanah berkeluasan 8.09 hektar dan dimiliki sepenuhnya oleh The Maritime Water Front Suites Sdn Bhd.

Ia terletak di Bertam, kira-kira 20 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

— BERNAMA

Share298ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In