• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Pertama Dialog Group Turun Sedikit Kepada RM125.78 Juta

in Catalyst, Saham
A A
Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 15 Nov  (Bernama) — Dialog Group Bhd, yang merupakan syarikat minyak dan gas  mencatatkan sedikit penurunan dalam keuntungan bersihnya kepada RM125.78 juta pada suku pertama tahun kewangan 2023 (S1 2023) berakhir 30 Sept, 2022 daripada RM128.82 juta pada suku yang sama sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh kos projek dan operasi yang lebih tinggi.

Kumpulan itu berkata pelbagai cabaran akibat pandemik COVID-19, konflik di Ukraine, tekanan inflasi dan kekangan tenaga kerja mengakibatkan kos lebihan dan kerugian ke atas projek.

“Jumlah keuntungan sebelum cukai kumpulan bagi suku semasa yang dilaporkan berbanding suku sebelumnya kekal kepada RM127 juta. Ini disebabkan keuntungan daripada syarikat usaha sama yang baru sahaja diambil alih itu,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Dialog berkata hasilnya bagaimanapun meningkat 40 peratus kepada RM711.70 juta daripada RM505.45 juta tahun lalu.

Ia berkata kumpulan itu menyaksikan peningkatan aktiviti disumbangkan oleh kedua-dua operasinya di Malaysia dan antarabangsa.

Dialog berkata dalam perniagaan pertengahan, Terminal Langsat dan Terminal Pengerang (5), dengan kapasiti penyimpanan masing-masing berjumlah 855,000 meter padu dan 430,000 meter padu, terus menyumbang aliran hasil yang stabil kepada kumpulan.

Pada masa depan, kumpulan itu berkata ia akan mencari peluang dengan lebih aktif untuk meningkatkan perkhidmatan dan aset pembangunan serta pengeluarannya sambil menggabungkan teknologi baharu untuk menguruskan pelepasan gas rumah hijau.

“Jika tiada sebarang keadaan di luar jangka, kumpulan akan kekal optimistik terhadap prestasi positif pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: Dialogkeputusan S1operasi terminal
Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In