• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Meskipun Wall Street Catat Peningkatan

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif


KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) — Meskipun Wall Street mencatatkan keuntungan semalaman, ini gagal membantu Bursa Malaysia yang memulakan urus niaga pagi ini agak rendah, di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun sebanyak 8.86 mata kepada 1,441.68 daripada 1,450.54 penutup Selasa.

Pasaran dibuka 3.04 mata lebih rendah untuk mencatatkan paras 1,447.50.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 153 berbalas 105, manakala 188 kaunter tidak berubah, 1,879 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 88.74 juta unit bernilai RM40.90 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup dalam nada yang begitu positif memandangkan ramai pihak percaya bahawa inflasi di Amerika Syarikat (AS) mungkin telah mencapai puncaknya.

“Indeks harga pengeluar AS terkini menyaksikan kenaikan lebih perlahan daripada jangkaan yang mendorong hasil 10 tahun AS menurun di bawah 3.78 peratus. Purata DJI memperoleh 56 mata manakala Nasdaq melonjak sebanyak 162 mata.

“Bagi bursa tempatan, FBM KLCI ‘tunduk’ kepada aktiviti jualan kukuh pada hari Selasa, mungkin disebabkan PRU15 hampir tiba dan ia ditutup pada paras 1,450.

“Walaupun kami menjangkakan beberapa aktiviti memburu saham murah, kami mengunjurkan sentimen terus berhati-hati, justeru indeks akan berada dalam aliran antara 1,445 dan 1,460 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah memandangkan sektor korporat Malaysia kini bergerak ke arah musim pendapatan, aktiviti pembelian mungkin dilihat di kaunter perbankan dan telekomunikasi kerana ramai yang meramalkan pertumbuhan kukuh bagi kedua-dua sektor ini.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia – Maybank dan Public Bank masing-masing susut empat sen kepada RM8.46 dan RM4.33, Petronas Chemicals turun  lima sen kepada RM8.57, CIMB rugi tujuh sen kepada RM5.34 dan IHH Healthcare lemah dua sen menjadi RM5.94.

Antara saham aktif, Advance Synergy merosot setengah sen kepada 12 sen, Malaysia Steel Works (KL) menokok 7.5 sen kepada 34 sen dan Malaysian Resources menambah setengah sen kepada 29 sen, manakala Icon Offshore dan Iris Corporation tidak berubah pada 14.5 sen dan 12.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 28.09 mata kepada 10,415.88, Indeks FBM Emas menyusut 42.48 mata menjadi 10,273.19,  FBM ACE lemah 27.97 mata kepada 4,985.15 dan Indeks FBMT 100 jatuh 46.60 mata kepada 9,998.37 manakala FBM 70 peroleh 2.10 mata kepada 12,306.67. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan sebanyak 98.57 mata menjadi 16,073.16, Indeks Perladangan susut 56.24 mata kepada 6,875.22, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.28 mata kepada 178.38, manakala Indeks Tenaga bertambah 4.57 mata kepada 730.00.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiapembukaanPRU15Thong Pak Leng
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In