• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Tinggi Pada Awal Dagangan, Indeks Komposit Lepasi 1,460 Mata

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, melepasi paras 1,460 apabila pelabur yakin Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan bertindak kurang agresif dalam mengetatkan dasarnya susulan data inflasi negara maju itu yang lebih rendah berbanding jangkaan bagi Oktober, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras meningkat 13.67 mata kepada 1,463.41 daripada penutupan Khamis pada 1,449.74.

Indeks utama pasaaran itu dibuka 17.45 mata lebih baik kepada 1,467.19.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 357 berbanding 63, manakala 177 kaunter tidak berubah, 1,745 kaunter tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 281.68 juta unit bernilai RM114.07 juta.

Menurut laporan berita, inflasi AS susut kepada 7.7 peratus pada Oktober 2022 berbanding bacaan 8.2 peratus pada September 2022, memberikan harapan bahawa harga yang tinggi telah perlahan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Purata Perindustrian Dow Jones meningkat 1,200 mata manakala Nasdaq mencatatkan kenaikan kukuh berterusan dengan 761 mata apabila hasil berjangka 10 tahun AS turun kepada 3.81 peratus.

Kembali ke peringkat tempatan, beliau yakin indeks utama akan menembusi paras 1,450 dan berada dalam aliran berjulat 1,450 hingga 1,465 hari ini, sejajar dengan prestasi serantau yang dijangkakan lebih kukuh.

“Kami percaya saham teknologi akan mengalami rangsangan besar hari ini berikutan aliran menaik yang ketara di Nasdaq dalam tempoh semalaman,” katanya kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi, Axiata menokok tujuh sen kepada RM2.93, Digi menambah enam sen kepada RM3.89, manakala Maybank dan Public Bank masing-masing naik dua sen kepada RM8.66 dan RM4.45.

Antara saham aktif, XoX dan Advance Synergy masing-masing tidak berubah pada dua sen dan 13 sen, Top Glove meningkat 2.5 sen kepada 91 sen, Artroniq naik lima sen kepada 62.5 sen, dan Aimflex meningkat setengah sen kepada 16 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 105.03 mata kepada 10,376.04; Indeks FBM Emas Shariah meningkat 134.75 mata kepada 10,458.64; FBM 70 melonjak 158.00 mata kepada 12,294.03; Indeks FBMT 100 naik 102.72 mata kepada 10,111.26 dan FBM ACE menokok 101.76 mata kepada 5,085.55.

Mengikut sektor, Indeks Pengangkutan dan Logistik naik 10.39 mata kepada 821.94; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.30 mata kepada 176.07; Indeks Perladangan meningkat 29.05 mata kepada 6,860.43; Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 93.53 mata kepada 16,420.36, dan Indeks Tenaga naik 5.73 mata kepada 716.29.

— BERNAMA



Tags: Bursa MalaysiaDow JonesFBM KLCIinflasi ASNasdaqRakuten Tradesaham teknologi
Share242ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In