• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Anak Syarikat PCG, BRB International Membuka Fasiliti Baru Di Echt, Belanda

in Catalyst, Saham
A A
Projek Fasa 3 NMB Di Blok PM302 Catat Pengeluaran Gas Pertama – Petronas
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

• BRB membuka fasiliti baru di Echt, Belanda, khusus untuk bahan tambahan minyak pelincir dan bahan kimia
• Fasiliti baru ini mempraktikkan pengeluaran yang lestari, mengurangkan jejak karbonnya


KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- BRB International (BRB), anak syarikat milik penuh PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG), baru-baru ini membuka fasiliti pembuatan bahan tambahan minyak pelincir dan bahan kimia yang baru di Echt, Belanda.
 
Dilengkapi dengan piawaian keselamatan dan kualiti yang lebih tinggi, fasiliti baru  di Echt ini akan memberi tumpuan utama kepada pembuatan bahan tambahan minyak pelincir dan bahan kimia (LAC), dan akan beroperasi sebagai pusat LAC untuk pasaran global.
 
Pembukaan fasiliti ini telah dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke Netherlands, YBhg. Dato’ Nadzirah Osman. Majlis turut dihadiri oleh Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran PETRONAS, Datuk Sazali Hamzah dan Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Ir. Mohd Yusri Mohamed Yusof.
 
Dalam ucapan beliau, Dato’ Nadzirah memuji langkah PCG untuk meluaskan operasinya di Belanda. Beliau berkata, “Pembukaan fasiliti ini adalah sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia untuk memperluaskan kehadiran syarikat-syarikat Malaysia di pasaran Eropah melalui lokasi strategik Belanda.”
 
Ir. Mohd Yusri berkata, “Pengembangan BRB adalah selari dengan strategi PCG untuk mempelbagaikan portfolio produknya ke dalam derivatif, bahan kimia khusus dan penyelesaian untuk memenuhi permintaan pelanggan yang meningkat dan berubah di rantauan ini. Sebagai salah satu daripada pelan pembangunan BRB, pembukaan fasiliti ini menandakan satu peristiwa penting bagi mengukuhkan kedudukan BRB sebagai pembekal penyelesaian yang inovatif.”
  
Ketua Pegawai Eksekutif BRB Ralph Pinckaers menambah, “Unit LAC ini sentiasa mengusahakan penyelesaian untuk pelanggan-pelanggan di bidang automotif, perindustrian dan pembuatan kelengkapan selama lebih 40 tahun. Dengan fasiliti baru ini, perniagaan LAC mempunyai lebih potensi untuk maju dan membangunkan produk baru. Kami yakin langkah ini dapat mempertingkatkan daya persaingan BRB di pasaran akhir.
 
Fasiliti di Echt ini mempraktikkan pengendalian yang lestari dalam pembuatan bahan tambahan minyak BRB, Petrolad®, yang menggunakan tenaga yang lebih rendah di samping mengurangkan jejak karbonnya secara keseluruhan dalam pembuatan produknya. Amalan ini akan menyumbang kepada visi kelestarian PCG untuk mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050.
  
--BERNAMA
Tags: Bursa MalaysiaFasilitiPCGPetChemPetronas
Share262ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In