• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 4, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Paragon Globe Cadang Beli Tanah 42.28 Hektar Di Johor Bahru Pada RM71.5 Juta

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Paragon Globe Cadang Beli Tanah 42.28 Hektar Di Johor Bahru Pada RM71.5 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Paragon Globe Bhd bercadang untuk membeli sebidang tanah pegangan bebas seluas 42.28 hektar di Johor Bahru pada RM71.5 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, syarikat itu menjelaskan anak syarikat milik penuhnya, Paragon Business Hub Sdn Bhd (PBHSB), telah menandatangani perjanjian jual dan beli dengan Tan Teng Chiu serta Tan Chaan Hong untuk cadangan pembelian tanah itu.

“Cadangan pembelian itu adalah sejajar dengan pelan strategik Paragon Globe untuk memanfaatkan peluang bagi mencipta nilai ekonomi yang lebih besar dan meningkatkan potensi pendapatan dalam jangka masa sederhana hingga panjang.

“Ini akan membolehkan Paragon Globe menambah simpanan tanah sedia ada dengan tanah di Johor, yang terletak di tengah-tengah Johor Bahru, sekali gus membolehkan Paragon Globe memulakan kerja-kerja perancangan dan pembanguan sewajarnya,” tambahnya.

Menurut Paragon Globe, pihaknya merancang untuk membangunkan tanah itu menjadi kawasan perindustrian berdasarkan konsep yang baik.

Cadangan pembelian itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas pendapatan dan pendapatan sesaham Paragon Globe bagi tahun kewangan berakhir Mac 2023 namun dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan dan pendapatan sesaham.

Ia menambah bahawa pembelian yang dicadangkan itu dijangka selesai dalam tempoh enam bulan dari tarikh perjanjian itu menjadi tanpa syarat, tertakluk kepada kelulusan yang diperlukan diperoleh.

— BERNAMA

Tags: Johor Bahrukawasan perindustrianParagon GlobePBHSBpembeliantanah pegangan bebas
Share229ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In