• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MQTech, TSIST Rancang Sediakan Fasiliti Semikonduktor di UTeM

in Catalyst, Saham
A A
MQTech, TSIST Rancang Sediakan Fasiliti Semikonduktor di UTeM

Kredit gambar: New Straits Times

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) — MQ Technology Bhd (MQTech) dan Taiwan Superconductor International Semiconductor Technology Co Ltd (TSIST) bercadang untuk menyediakan kemudahan semikonduktor di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Naib Presiden MQTech Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata UTeM akan menyediakan tanah, kilang dan pelatih, manakala MQTech akan menyediakan jentera, pengurusan, teknologi dan latihan.

“Kami telah membincangkan cadangan syarikat semikonduktor itu dan membuat keputusan untuk meneruskan projek ini kerana ia akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Projek ini akan membolehkan pemindahan teknologi ke Malaysia dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada penduduk tempatan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

MQTech telah menerima cadangan semikonduktor daripada TSIST tidak lama selepas kedua-dua pihak memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk merundingkan pernyataan minat TSIST untuk melabur sehingga 30 peratus kepentingan dalam MQTech melalui penyertaan dalam pelaksanaan korporat MQTech yang akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif TSIST Profesor Liu Chien-Lung berkata TSIST akan membantu dan menyediakan pengetahuan teknikal kepada MQTech untuk mengembangkan operasi semikonduktornya di Malaysia.

“Kami serius dan komited terhadap cadangan ini, yang merangkumi tiga fasa untuk kilang semikonduktor, dan fasa satu akan mengambil masa sekitar satu hingga tiga tahun untuk dilaksanakan sepenuhnya.

“Tenaga kerja yang diperlukan daripada 50 hingga 500 pekerja untuk tiga fasa,” katanya, sambil menambah bahawa ia memilih untuk melabur dalam MQTech kerana ia kini merupakan syarikat semikonduktor terkecil yang disenaraikan di Bursa Malaysia dari segi permodalan pasaran dan paling akomodatif berbanding dengan pemain yang lebih besar.

Liu berkata TSIST menyasarkan untuk menjadikan MQTech sebagai gergasi semikonduktor dan pembekal bahan pasaran dunia utama yang memfokuskan kepada semikonduktor generasi ketiga, sambil mewujudkan rantaian industri bersepadu secara menegak dan membangunkan semikonduktor generasi keempat.

Beliau juga menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang baik dari segi mempunyai kerajaan yang stabil, budaya kerja moden dan dengan rakyat berbilang bahasa, yang meningkatkan keyakinan TSIST untuk melabur di negara ini.

Mengenai kekurangan semikonduktor, Lui berkata kekurangan bekalan adalah disebabkan beberapa isu, termasuk ketidakseimbangan politik dan bahan mentah.

“Malaysia mempunyai persekitaran yang sangat baik, dengan pelbagai bahasa, yang boleh memudahkan komunikasi antara Taiwan dan Malaysia. Saya dapat melihat pada masa hadapan bahawa kami akan bekerjasama lebih banyak dengan syarikat semikonduktor tempatan kami untuk datang ke Malaysia kerana ia adalah salah satu ekonomi terkuat, selain Singapura, di Asia,” katanya.

TSIST ialah sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan bahan untuk industri berteknologi tinggi. Kekuatan TSIST pada teknologi terasnya dalam proses pembuatan dan penulenan bahan hadapan seperti bahan kuantum, semikonduktor generasi ketiga dan generasi keempat.

— BERNAMA

Tags: MQTechsemikonduktorTaiwan Superconductor International Semiconductor Technology
Share302ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In