• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, mengambil petunjuk daripada keputusan pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) yang tidak muktamad, dengan pengambilan untung dialami dalam saham pengangkutan dan logistik serta tenaga, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 5.23 mata kepada 1,440.96 daripada 1,446.19 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks utama pasaran itu dibuka 3.88 mata lebih rendah kepada 1,442.31.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 236 berbanding 66, manakala 175 kaunter tidak berubah, 1,849 kaunter tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 134.94 juta unit bernilai RM42.33 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Purata Perindustrian Dow Jones merosot 647 mata manakala Nasdaq susut 263 mata apabila hasil berjangka 10 tahun AS ditutup rendah pada 4.1 peratus.

Beliau berkata di peringkat domestik, FBM KLCI dijangka mengekalkan kenaikan semulanya susulan jualan akhir Oktober, justeru indeks itu mungkin berada dalam aliran 1,440 hingga 1,455.

“Kita mungkin menyaksikan pembelian dalam saham bank dan telekomunikasi hari ini,” katanya kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi, Dialog Group susut satu sen kepada RM2.03, IHH Healthcare dan Maxis masing-masing turun tujuh sen kepada RM5.90 dan RM3.79, Maybank kurang dua sen kepada RM8.61 dan Petronas Chemicals menguncup empat sen kepada RM8.51.

Antara saham aktif, Euro Holdings dan Avillion masing-masing turun setengah sen kepada 13 sen dan 10 sen, Citaglobal kurang satu sen kepada 25 sen, manakala Advance Synergy tidak berubah pada 11.5 sen dan Lingkaran Trans Kota menokok empat sen kepada 50 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 35.43 mata kepada 10,224.02; Indeks FBM Emas Shariah merosot 39.54 mata kepada 10,284.20; FBM 70 turun 34.42 mata kepada 12,122.82; Indeks FBMT 100 kurang 34.30 mata kepada 9,959.46 dan FBM ACE menguncup 34.36 mata kepada 4,897.98.

Mengikut sektor, Indeks Pengangkutan dan Logistik merosot 73.44 mata kepada 802.80; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.68 mata kepada 173.64; Indeks Perladangan kurang 12.70 mata kepada 6,836.86; Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 35.89 mata kepada 16,224.95 dan Indeks Tenaga pula 9.62 mata lebih rendah kepada 712.01.

— BERNAMA


Tags: FBM KLCIpilihan raya pertengahan penggalPurata Perindustrian Dow JonesRakuten TradeTAG: Bursa Malaysia
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In