• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih F&N Susut Kepada RM383.21 Juta Bagi Tahun Kewangan 2022

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Untung Bersih F&N Susut Kepada RM383.21 Juta Bagi Tahun Kewangan 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Fraser and Neave Holdings Bhd (F&N) susut kepada RM383.21 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Sept 2022 daripada RM395.16 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2021.

Hasil, bagaimanapun, meningkat 8.2 peratus kepada RM4.47 bilion daripada RM4.13 bilion sebelumnya disokong oleh permintaan domestik yang kukuh di Malaysia dan Thailand, strategi pelarasan harga dan sumbangan tahun penuh pertama daripada perniagaan makanannya, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia berkata langkah pengurusan hasil dan kos yang lebih baik, termasuk pelarasan diskaun harga dan perdagangan, telah mengurangkan dengan ketara kesan kos komoditi dan pengangkutan yang lebih tinggi, perbelanjaan pemulihan banjir dan kerugian terjemahan pertukaran asing daripada baht Thai yang lebih lemah.

Syarikat makanan dan minuman (F&B) itu berkata di Malaysia, penggunaan luar rumah (OOH) meningkat secara progresif dengan berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan.

Ia berkata pelaksanaan perdagangan yang berjaya dan pelaksanaan pelarasan harga menyokong pertumbuhan hasil F&B Malaysia, yang meningkat sebanyak 13.5 peratus kepada RM2.42 bilion.

“Pendapatan yang lebih tinggi, margin yang lebih baik dan penjimatan operasi yang direalisasikan daripada projek yang telah siap membawa kepada pertumbuhan dalam keuntungan operasi F&B Malaysia, meningkat sebanyak 71.9 peratus kepada RM168 juta (tahun kewangan 2021: RM97.7 juta).

“Ini juga disokong oleh sumbangan daripada eksport berikutan campuran produk dan rantau yang lebih baik serta keuntungan pertukaran asing walaupun mencatatkan volum yang lebih rendah terutamanya ke China di tengah-tengah sekatan COVID-19 dan pasaran sensitif harga tahun ini,” katanya.

F&N berkata ia telah mengesyorkan dividen peringkat tunggal akhir sebanyak 33 sen sesaham, sama seperti pada Tahun Kewangan 2021, dan jika diluluskan oleh lembaga pengarah, jumlah dividen bagi tahun itu akan berjumlah 60 sen sesaham, sama dengan Tahun Kewangan 2021.

Dalam makluman yang berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Lim Yew Hoe berkata strategi F&N membolehkan kumpulan itu mengukuhkan kedudukan mereka pada separuh kedua.

“Diakui, separuh tahun pertama adalah sukar berikutan kenaikan harga komoditi dan kesan banjir terhadap operasi Shah Alam kami.

“Walaupun keuntungan keseluruhan kami terjejas, ia telah dikurangkan dengan banyak oleh strategi berkesan yang telah kami sediakan untuk mengurus risiko dan pendedahan pasaran,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu berada di landasan yang betul dengan strategi jangka panjangnya untuk meningkatkan kecekapan kos dan membina tonggak perniagaan keempatnya, Makanan Halal Berbungkus.

“Kumpulan berpandangan ia mempunyai lebih banyak potensi untuk bergerak ke hadapan dan terus berkembang pada masa hadapan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: dividenF&BF&NKeputusantahun kewangan 2022
Share270ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In