• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Gamuda Berada Di Landasan Catat Nilai Perolehan Kontrak RM25 Bilion

in Catalyst, Saham
A A
Gamuda Catat Keuntungan Bersih Tertinggi Sebanyak RM806 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Gamuda Bhd telah memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM15 bilion, menjadikannya kekal berada di landasan untuk merealisasikan sasaran nilai perolehan kontrak terkumpul berjumlah RM25 bilion bagi dua tahun kewangan sehingga 31 Julai, 2023.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Lin Yun Ling berkata kontrak tersebut diperoleh daripada pasaran utama pembinaannya iaitu Australia, Taiwan, Singapura dan Malaysia.

“Kami tetap optimis dan berhati-hati mengenai prospek kami untuk beberapa tahun akan datang.

“Bagaimanapun, kami berada pada kedudukan baik sewajarnya untuk mengharungi cabaran di hadapan didorong langkah strategik kami dalam pelbagai pasaran serantau, kedudukan kewangan yang kukuh dan kebolehlihatan perolehan daripada jumlah nilai perolehan kontrak dan jualan yang belum dimasuk kira,” katanya dalam Laporan Bersepadu 2022 Gamuda.

Mengulas mengenai pembangunan hartanah, beliau berkata Gamuda telah mengenal pasti projek yang berasaskan pesanan dan merancang untuk melabur RM5 bilion dalam projek itu bagi beberapa tahun akan datang sebagai pemboleh utama pertumbuhan, dengan tumpuan strategik kepada pengembangan di pelbagai negara lazimnya.

“Menerusi operasi dalam beberapa pasaran strategik, kami meminimumkan risiko perniagaan dengan mengurangkan kesannya jika satu-satu pasaran itu mengalami kelembapan dalam kitaran hartanah mereka,” katanya.

Mengenai bahagian konsesi lebuh raya, Lin berkata Gamuda telah menyelesaikan butiran penjualan kepentingan dalam empat lebuh raya kepada Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd.

“Pada Oktober 2022, penjualan itu berjaya diselesaikan dan walaupun Gamuda akan kehilangan pendapatan berulang yang tetap susulan penjualan konsesi kami, kami mula membuat persediaan bagi kemungkinan ini sejak beberapa tahun lepas.

“Oleh itu, kami menjangkakan pendapatan tidak terjejas ekoran penjualan ini kerana pertumbuhan perolehan kami telah dijangka dengan disokong oleh pertumbuhan perolehan yang besar daripada dua perniagaan teras kami yang lain,” katanya.

Beliau berkata bagi jangka masa panjang, Gamuda merancang untuk melabur dalam tenaga boleh baharu dan vertikal hijau yang lain, yang berpotensi menyumbang kepada garis asas pendapatan berulang untuk syarikat di samping membolehkannya memenuhi komitmen kemampanan.

— BERNAMA

Tags: Gamudakonsesi lebuh rayaLaporan Bersepadunilai perolehan kontrakpembinaanpenjualan
Share254ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In