• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Niche Capital Cadang Tawaran Saham Persendirian Untuk Raih RM37.66 Juta

in Saham
A A
Niche Capital Cadang Tawaran Saham Persendirian Untuk Raih RM37.66 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Niche Capital Emas Holdings Bhd (NICE) bercadang untuk melaksanakan tawaran saham persendirian sehingga 30 peratus daripada jumlah bilangan saham biasa terbitannya untuk memperoleh hasil kasar sehingga RM37.66 juta terutamanya bagi terus membiayai perniagaan perlombongannya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata cadangan itu akan melibatkan terbitan 369.23 juta saham, dan hasil kasar dijangka digunakan oleh kumpulan itu untuk perniagaan perlombongan di Kawasan Utara Sokor di Kelantan (RM23 juta), perniagaan berkaitan hartanah  (RM5.0 juta), modal kerja (RM8.56 juta), serta perbelanjaan untuk cadangan tawaran saham persendirian (RM1.0 juta).

Untuk tujuan ilustrasif, harga terbitan indikatif adalah berdasarkan anggaran 19.69 peratus diskaun kepada harga purata pasaran wajaran volum lima hari saham NICE sehingga dan termasuk tarikh terkini sebanyak 12.7 sen sesaham.

“Tawaran saham persendirian itu akan membolehkan kumpulan itu mengumpul dana tambahan bagi tujuan itu, yang dijangka menyumbang secara positif kepada potensi pendapatannya pada masa hadapan,” katanya.

Pada 14 April 2021, NICE mengumumkan bahawa syarikat itu mempelbagaikan perniagaan teras sedia ada dengan memasukkan penerokaan mineral, perlombongan dan perniagaan berkaitan perlombongan.

Melangkah ke hadapan, dengan hasil yang akan diperoleh daripada tawaran saham persendirian, NICE akan dapat menjalankan kerja-kerja penerokaan di Kawasan Utara Sokor, dan jika berjaya, akan membolehkannya memperoleh aliran hasil berulang daripada pengekstrakan, pemprosesan dan penjualan emas dalam kawasan berkenaan untuk jangka masa panjang.

“Bagaimanapun, kumpulan akan kekal berhati-hati dalam mengembangkan perniagaannya memandangkan ketidaktentuan semasa dalam keseluruhan ekonomi global dan tempatan dan akan mengambil kira, antara lain, keperluan kewangan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: NICENiche Capital Emas Holdingstawaran sah
Share256ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In