• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Subsidiari Kelington Peroleh Dua Kontrak Bernilai RM262 Juta

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Subsidiari Kelington Peroleh Dua Kontrak Bernilai RM262 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) — Penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu, Kelington Group Bhd, meraih dua kontrak baharu berjumlah kira-kira RM262 juta. 

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata subsidiari milik penuhnya, Kelington Technologies Sdn Bhd telah memperoleh kerja-kerja kejuruteraan, perolehan dan pembinaan tangki simpanan produk minyak membabitkan Projek Pembesaran Tangki Pit bernilai kira-kira RM170 juta. 

Di bawah kontrak itu, Kelington Technologies akan menyediakan reka bentuk siap guna selain membangunkan perkhidmatan bagi terminal cecair pukal di Pelabuhan Klang daripada penyedia utama perkhidmatan penyimpanan cecair pukal.

Kontrak itu akan bermula pada November 2022 dan dijadualkan siap menjelang Oktober 2024. 

Kontrak kedua, dimenangi oleh satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kelington Engineering (Shanghai) Co Ltd untuk melaksanakan pembekalan bahan serta pemasangan sistem penghantaran gas pukal bagi loji semikonduktor di Beijing. 

Katanya, kontrak bertempoh 10 bulan mulai Nov 2022 hingga Sept 2023 itu bernilai kira-kira RM92 juta, dianugerahkan oleh sebuah syarikat reka bentuk dan pembuatan bersepadu, yang mengkhusus dalam memori akses rawak dinamik.

Penambahan kedua-dua kontrak itu akan menjadikan tempahan dalam tangan terbaharunya yang diperoleh setakat ini kepada RM1.62 bilion, yang akan meningkatkan tempahan dalam tangan semasa Kelington kepada RM2.22 bilion. 

Ketua Pegawai Eksekutif Raymond Gan berkata kumpulan itu yakin dapat memberikan prestasi kewangan yang menggalakkan pada tahun-tahun akan datang susulan tempahan dalam tangan syarikat yang agak kukuh.

“Kami terus bekerja keras untuk mengekalkan momentum pertumbuhan kami dengan memenangi kontrak baharu merentasi pasaran operasi utama kami,” katanya. 

Kedua-dua kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan serta aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 dan 2024. 

“Kedua-dua kontrak baharu ini juga menunjukkan rekod prestasi kami yang mantap dalam meraih projek berkaitan proses kejuruteraan dan ketulenan ultra tinggi daripada syarikat antarabangsa yang bereputasi baik dalam industri bukan semikonduktor dan semikonduktor,” katanya.

— BERNAMA 

Tags: Kelington EngineeringKelington Technologieskontrak
Share258ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In