• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Sentimen Lemah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

in Berita, Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini dengan kebanyakan indeks berada dalam zon negatif disebabkan sentimen belian yang lebih lemah.

Pelabur mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang merosot selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas dan membayangkan kenaikan yang lebih kecil akan menyusul dalam usahanya untuk terus memerangi inflasi.

Pada 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.96 mata untuk mencatatkan paras 1,446.65 daripada 1,451.61 penutup Rabu.

Indeks utama itu memulakan urus niaga pagi ini pada paras 1,448.32, susut 3.29 mata.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 209 berbalas 77, manakala 215 kaunter tidak berubah, 1,824 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 177.37 juta unit bernilai RM47.95 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) kerugian 505 mata, Nasdaq merosot sebanyak 366 mata manakala hasil 10 tahun AS meningkat hampir kepada paras 4.1 peratus. .

Bagi bursa tempatan, FBM KLCI melantun melebihi paras 1,450 pada penutup semalam disokong oleh belian di kaunter perladangan dan berkaitan telekomunikasi.

Namun begitu, beliau menjangkakan sedikit halangan untuk bursa tempatan kerana pelabur akan tertumpu pada pergerakan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) lewat hari ini.

“Oleh itu, kami mengunjurkan indeks berlegar antara julat 1,440-1,460 hari ini kerana sentimen dilihat berhati-hati.

“Walaupun ramai menjangkakan BNM akan mengenakan kenaikan 25 mata asas, kami berpendapat saham teknologi akan bergerak tinggi dalam senarai jualan kerana pasaran serantau mungkin diseret ke zon negatif hari ini,” katanya kepada Bernama.

MIDF Research dalam nota penyelidikannya pula berkata selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan November 2022, Rizab Persekutuan AS mengumumkan satu lagi kenaikan besar 75 mata asas, menjadikan kadar dananya lebih tinggi kepada kepada 3.75 – 4.00 peratus.

Sementara itu, dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank, Digi dan IOI Corporation kesemuanya tidak berubah, masing-masing pada RM8.54, RM3.81 dan RM3.99.

Kedua-dua Public Bank dan Maxis turun 2.0 sen setiap satu kepada RM4.43 dan RM3.84, manakala CIMB naik 1.0 sen kepada RM5.50.

Antara saham aktif, Ta Win, Dolphin dan Bina Puri turun setengah sen kepada 8.5 sen, 2.5 sen dan 2.5 sen, manakala Advance dan Citaglobal tidak berubah, masing-masing pada 7.0 sen dan 27.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 34.64 mata kepada 10,262.80, FBM 70 lemah 41.63 mata menjadi 12,159.22, dan Indeks FBMT 100 kehilangan 34.29 mata kepada 9,996.56.

Indeks FBM Emas Syariah menguncup 47.07 mata kepada 10,320.60, manakala FBM ACE susut sebanyak 40.06 mata kepada 4,913.78.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan lemah 1.39 mata kepada 16,324.70, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.87 mata menjadi 173.95 dan Indeks Perladangan susut  50.44 mata kepada 6,786.25.

Sementara itu, Indeks Tenaga mengukuh 0.34 mata untuk mencapai paras 710.67.

— BERNAMA


Tags: Bursa MalaysiapembukaanRakuten TradeRizab PersekutuanWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In