• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Bursa Malaysia Meterai MoU Kemampanan Dengan London Stock Exchange Group

in Saham
A A
Bursa Malaysia Meterai MoU Kemampanan Dengan London Stock Exchange Group
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan  London Stock Exchange Group (LSEG) untuk mengembangkan kerjasama alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) antara kedua-dua bursa dan meneroka bidang peluang baharu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bursa Malaysia berkata di bawah terma MoU itu, syarikat itu dan FTSE Russell, indeks berbilang aset global dan penyedia penanda aras LSEG, akan memperluaskan liputan skor ESG untuk memasukkan semua syarikat tersenarai awam (PLC) di Pasaran Utama dan ACE.

“Pada masa ini, skor ESG hanya tersedia untuk PLC yang merupakan sebahagian daripada indeks FTSE Bursa Malaysia EMAS (FBM EMAS), yang merangkumi kira-kira 30 peratus daripada jumlah PLC Malaysia.

“Liputan yang diperluaskan ini akan membolehkan lebih banyak PLC mengukur prestasi ESG mereka dengan lebih baik,” kata Bursa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift berkata MoU itu menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha bursa untuk memudahkan pendedahan ESG yang lebih berkualiti dalam kalangan PLC Malaysia, yang sejajar dengan aspirasi bursa untuk mengangkat mereka sebagai peneraju serantau dalam ruang ESG.

“Susulan pelancaran FTSE Bursa Malaysia Top 100 ESG Low Carbon Select Index pada Ogos 2022, MoU yang kami tandatangani hari ini adalah lanjutan daripada perkongsian kami, dan kami berharap ia akan membawa lebih banyak kejayaan kepada institusi kami,” katanya.

Sementara itu, ketua kumpulan kewangan dan pelaburan mampan LSEG Cornelia Andersson berkata perjanjian dengan rakan kongsi jangka panjangnya Bursa Malaysia akan menghasilkan peningkatan ketara dalam data dan analitik ESG yang tersedia pada syarikat tersenarai di Malaysia.

“Kami juga sedang meneroka pembangunan penyelesaian pelaporan korporat ESG untuk meningkatkan pendedahan risiko dan peluang berkaitan iklim untuk pelabur.

“Ia susulan pelancaran ESG baharu dan penanda aras karbon rendah meliputi penerbit tersenarai terbesar di bursa itu,” katanya.

MoU itu juga akan menyaksikan pertukaran dan LSEG bekerjasama dalam inisiatif pendidikan ESG, dan menyokong pelaksanaan aliran kerja pembiayaan rantaian bekalan dan pembiayaan peralihan yang mampan dalam kalangan institusi kewangan.

Kerjasama itu juga akan membolehkan penyelesaian pelaporan ESG korporat yang sejajar dengan piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Pasukan Petugas Pendedahan Kewangan Berkaitan Iklim.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaESGLondon Stock ExchangeMoU
Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In