• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Suku Ketiga Takaful Malaysia Naik 20 Peratus Kepada RM87.27 Juta

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Untung Bersih Suku Kedua Takaful Malaysia Susut Kepada RM69.62 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2022 melonjak 20 peratus kepada RM87.27 juta daripada RM72.60 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, disumbangkan oleh pendapatan fi wakalah bersih yang lebih tinggi.

Takaful Malaysia berkata ia mencatatkan peningkatan hasil yang memberangsangkan sebanyak RM924.42 juta, iaitu naik 35 peratus, berbanding RM684.32 juta pada suku ketiga 2021.

“Peningkatan hasil ini disebabkan terutamanya oleh jualan yang lebih tinggi daripada perniagaan takaful keluarga dan takaful am,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi suku dalam tinjauan, Takaful Malaysia berkata perniagaan takaful keluarganya mencatatkan caruman pendapatan kasar sebanyak RM594.56 juta, peningkatan 43 peratus, berbanding RM414.72 juta pada suku ketiga 2021, terutamanya disebabkan oleh jualan lebih tinggi daripada produk berkaitan kredit.

Pengendali takaful itu berkata pendapatan pelaburan untuk perniagaan takaful keluarga bagi suku semasa meningkat kepada RM81.00 juta, meningkat 11 peratus berbanding RM73.12 juta pada suku yang sama tahun lepas, berikutan pendapatan keuntungan yang lebih tinggi daripada pelaburan pendapatan tetap.

Sementara itu, Takaful Malaysia berkata perniagaan takaful am suku ketiga 2022 menjana caruman pendapatan kasar sebanyak RM257.53 juta, 11 peratus lebih tinggi berbanding suku kedua 2022 iaitu sebanyak RM232.62 juta, terutamanya menyumbang kepada jualan yang lebih tinggi daripada kelas motor dan kejuruteraan.

Katanya pendapatan pelaburan sebanyak RM9.19 juta bagi suku semasa 13 peratus lebih tinggi daripada RM8.15 juta yang dicatatkan pada suku kedua 2022, disumbangkan oleh pendapatan keuntungan yang lebih tinggi daripada pelaburan dalam sekuriti hutang Islam.

Dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif  kumpulan Nor Azman Zainal berkata keputusan suku ketiganya menunjukkan pertumbuhan hasil yang kukuh dan prestasi perniagaan merentas pemacu pertumbuhan utama.

“Kami fokus untuk mewujudkan keseimbangan yang setara antara margin taja jamin dan pertumbuhan perniagaan untuk meningkatkan bahagian pasaran kami, mencapai kesetiaan jenama yang kukuh, mengekalkan pelanggan sedia ada dan menarik pelanggan baharu.

“Prestasi perniagaan kami untuk tiga suku pertama tahun ini telah berkembang pada aliran positif yang disokong oleh strategi pelbagai pengedaran kami yang terus mengukuhkan pertumbuhan perniagaan kumpulan,” katanya sambil menambah kumpulan akan meneruskan momentum positif bagi memenuhi jangkaan pihak berkepentingan dan sasaran untuk 2022.

Justeru itu, hala tuju strategik Takaful Malaysia adalah mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran runcit dengan menyediakan rakyat Malaysia akses yang lebih besar kepada penyelesaian perlindungan yang lengkap, daripada produk takaful am hingga keluarga, katanya.

Nor Azman berkata Takaful Malaysia akan terus memanfaatkan kedudukan pasaran utamanya dalam produk berkaitan kredit sumbangan tunggal, perniagaan takaful am yang kukuh, dan memberi tumpuan kepada pengembangan pasaran runcit untuk mempelbagaikan portfolio perniagaannya dan memastikan perniagaan mampan masa hadapan bagi melengkapkan perniagaan teras sedia ada.

“Kami akan terus meneroka pasaran yang belum diterokai dalam perniagaan insurans dan takaful. Kami mengharapkan prestasi teguh di sebalik kadar penembusan takaful yang rendah dan pemacu berterusan untuk produk patuh syariah,” tambahnya.

Beliau juga menyatakan komitmen kumpulan untuk menerima pakai amalan mampan sebagai sebahagian daripada strategi perniagaannya untuk beroperasi dengan cekap dan meningkatkan lagi keluk pertumbuhan kumpulan.

“Takaful Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk memberikan prestasi perniagaan yang membanggakan dan memacu inovasi dalam menyediakan penyelesaian takaful yang komprehensif dan mampu milik kepada rakyat Malaysia,” katanya.

— BERNAMA 

Tags: akaful MalaysiaKeputusansuku ketigatakaful amtakaful keluargaTakaful Malaysia
Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In