• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Aktiviti Buru Saham Murah, Harga Minyak Yang Lebih Kukuh Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update, Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, disokong oleh harga minyak yang lebih kukuh dan aktiviti memburu saham berharga murah, kata para peniaga.

Selain itu, para pelabur turut menantikan keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) yang dijadualkan lewat hari ini serta mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu dan Khamis minggu ini.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.50 mata kepada 1,450.42 daripada 1,445.92 penutup Selasa.

Indeks utama dibuka pada paras 1,450.98, meningkat 5.06 mata pagi ini.

Pergerakan harga di pasaran positif, menyaksikan saham untung mengatasi saham rugi dengan 120 berbalas 103 manakala 191 kaunter tidak berubah, 1,904 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 93.89 juta unit bernilai RM45.59 juta.

Wall Street ditutup rendah berikutan pengeluaran data pekerjaan AS yang lebih baik daripada jangkaan dan ini telah menjejaskan harapan untuk membolehkan Rizab Persekutuan melonggarkan pendiriannya terhadap kenaikan kadar.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) susut 0.24 peratus untuk ditutup pada 32,653.20, manakala S&P500 turun 0.41 peratus menjadi 3,856.10 dan Komposit Nasdaq lemah 0.89 peratus kepada 10,890.85.

Justeru, menurut Rakuten Trade Sdn Bhd,  DJIA kehilangan 80 mata selepas pembukaan kukuh manakala Nasdaq merosot 97 mata kerana hasil 10 tahun AS kekal pada paras 4.05 peratus.

Di pasaran tempatan, FBM KLCI telah kerugian 20 mata sepanjang dua hari dagangan dan firma pembrokeran itu menjangkakan kemunculan beberapa aktiviti memburu saham murah walaupun sentimen pasaran masih berhati-hati.

“Untuk hari ini, kami mengunjurkan indeks berlegar dalam julat 1,440-1,455 dengan minat belian tertumpu pada saham perladangan,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Ia menambah minyak sawit mentah melonjak melepasi paras RM4,200 setan apabila Indonesia menaikkan harga rujukan eksportnya manakala minyak mentah Brent meningkat kepada hampir US$95 setong disebabkan paras inventori yang lebih rendah.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank dan Sime Darby Plantation naik 2.0 sen setiap satu kepada RM8.56 dan RM4.35.

Kedua-dua Public Bank dan MISC tidak berubah pada RM4.41 dan RM7.20, manakala Hong Leong Bank turun 6.0 sen kepada RM20.82.

Antara saham aktif pula, Shin Yang Shipping turun 2.0 sen untuk mencatatkan paras 87 sen, KNM menambah setengah sen menjadi 4.5 sen, dan Hibiscus menokok 1.5 sen kepada RM1.01, sementara SNS Network dan MNC Wireless tidak berubah pada 23.5 sen dan 1.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 26.52 mata kepada 10,293.65, FBM 70 memperoleh 16.61 mata kepada 12,225.19 dan Indeks FBMT 100 meningkat sebanyak 27.05 mata menjadi 10,029.17.

Indeks FBM Emas Syariah pula mengukuh 27.03 mata kepada 10,362.73 dan FBM ACE naik 0.10 mata menjadi  4,878.12.  

Mengikut sektor, Indeks Tenaga 3.32 mata lebih tinggi untuk merekodkan paras 698.82, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 29.49 mata kepada 16,341.79, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.76 mata kepada 175.43, dan Indeks Perladangan, Indeks Perladangan peroleh 30.21 mata menjadi 6,823.14.

— BERNAMA

Tags: all StreetBursa MalaysiapembukaanPersekutuan AS
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In