• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Infomina Sasar Kumpul RM32.47 Juta Dari IPO Pasaran Ace

in Saham
A A
Infomina Sasar Kumpul RM32.47 Juta Dari IPO Pasaran Ace

Kredit: Infomina

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) — Syarikat penyelesaian teknologi serantau Infomina Bhd, yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menjelang 25 Nov depan, menyasarkan untuk mengumpul RM32.47 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO).

Pengarah Urusannya, Yee Chee Meng berkata daripada jumlah itu, syarikat merancang memperuntukkan RM13.96 juta (43 peratus) sebagai modal kerja dan RM7.6 juta (23.4 peratus) lagi untuk mengukuhkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan. 

Sejumlah RM5.53 juta (17 peratus) akan dipakai bagi pengembangan serantau, RM0.89 juta (2.7 peratus) untuk aktiviti penjenamaan, pemasaran dan promosi, manakala baki RM4.5 juta (13.9 peratus) bagi membiayai perbelanjaan penyenaraian.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Perkhidmatan kumpulan itu merupakan portfolio yang pelbagai dengan lebih 60 pelanggan aktif merentasi pelbagai industri serta lokasi geografi termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Hong Kong, China dan Taiwan.

Syarikat itu mempunyai tempahan dalam tangan bernilai RM443.6 juta dan projek yang sudah selesai bernilai RM370.3 juta setakat 30 Sept 2022, katanya. 

“Prestasi kewangan kami bertambah baik seiring dengan kejayaan kami dalam memperoleh pelanggan dan pasaran baharu, yang mana, hasil telah meningkat lebih tiga kali ganda berbanding RM66 juta yang dicatatkan semasa tahun kewangan 2019 kepada RM201.1 juta pada tahun kewangan 2022, yang merupakan kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) sebanyak 45 peratus.

“Prospek adalah sangat positif bagi kami untuk berkembang memandangkan syarikat mempunyai kontrak (yang akan bertahan) sehingga 2027,” katanya kepada media pada pelancaran prospektus IPO syarikat itu hari ini. 

IPO Infomina terdiri daripada terbitan awam sebanyak 81.17 juta saham baharu, yang mana 30.06 juta saham akan disediakan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia serta 6.01 juta saham akan diketepikan bagi pengarah dan pekerja kumpulan yang layak. 

Sebanyak 45.09 juta saham lagi akan diperuntukkan untuk penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). 

Pada harga terbitan 40 sen sesaham dan modal saham diperbesarkan sebanyak 601.25 juta saham, syarikat itu akan mempunyai permodalan pasaran berjumlah RM240.5 juta semasa penyenaraiannya.

Permohonan untuk terbitan awam dibuka mulai hari ini dan akan ditutup pada 5 petang, 11 Nov 2022.

— BERNAMA

Tags: InfominaIPOpasaran ACEProspektus
Share247ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In