KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) — Dagangan Bursa Malaysia turun sedikit pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini apabila prestasi semalaman Wall Street turut menyusut selepas para pelabur mengambil langkah berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (AS) esok.
Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bergerak rendah 5.73 mata kepada 1,454.65 berbanding 1,460.38 penutup Isnin.
Indeks utama itu dibuka pada 1,457.64, susut 2.74 mata.
Pergerakan harga di pasaran secara menyeluruh negatif dengan kaunter rugi mendahului kaunter untung 130 berbalas 115, manakala 215 kaunter tidak berubah, 1,844 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 172.69 juta unit bernilai RM49.75 juta.
Dagangan semalaman Wall Street berakhir lebih rendah pada Isnin menjelang keputusan Persekutuan Fed mengenai kenaikan kadar dengan Indeks Dow Jones susut 0.39 peratus pada 32,732.95, manakala S&P 500 dan Nasdaq turun 0.75 peratus dan 1.03 peratus, masing-masing ditutup pada 3,871.98 dan 10,988.15.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata aktiviti pengambilan untung di Wall Street selepas pergerakan naik yang ketara mengehadkan potensi peningkatan bursa tempatan.
Firma pembrokeran itu seterusnya menjangkakan pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang mesyuarat kritikal Persekutuan yang akan berakhir pada 2 Nov (waktu AS).
“Sementara itu, peniaga juga akan memberi tumpuan kepada tema Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan menempatkan pegangan mereka pada syarikat berkaitan kerajaan.
“Bagi komoditi, minyak mentah Brent secara beransur-ansur merosot di bawah paras US$95 setong tetapi berlegar melepasi paras US$90 setong, manakala harga minyak sawit mentah (MSM) pulih melebihi RM4,100 setan,” katanya dalam nota hari ini .
Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healthcare tidak berubah, masing-masing pada RM8.59 dan RM5.95.
CIMB dan Tenaga Nasional kerugian rugi 2.0 sen setiap satu untuk mencatatkan harga RM5.50 dan RM8.40, manakala Petronas Chemicals menambah 1.0 sen kepada RM8.73.
Bagi saham aktif, Advance Synergy turun 1.0 sen menjadi 7.0 sen, Top Glove lemah setengah sen kepada 79 sen sementara Serba Dinamik, Alam Maritim dan Tanco semuanya tidak berubah, masing-masing pada 2.0 sen, 3.0 sen dan 37.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 32.04 mata kepada 10,318.80, FBM 70 susut 22.76 mata kepada 12,243.97, dan Indeks FBMT 100 kehilangan 34.73 mata kepada 10,055.19.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 32.04 mata kepada 10,318.80, FBM 70 merosot 22.76 mata menjadi 12,243.97, dan Indeks FBMT 100 kerugian 34.73 mata kepada 10,055.19.
Indeks FBM Emas Syariah pula lemah 29.09 mata kepada 10,382.02, manakala FBM ACE meningkat 9.28 mata menjadi 4,868.21.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga turun 4.22 mata untuk mencatatkan paras 694.28, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 67.42 mata menjadi 16,399.26 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 0.37 mata kepada 175.43.
Indeks Perladangan bagaimanapun menambah 9.92 mata kepada 6,889.84.
— BERNAMA

