• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Prestasi Padu Syarikat-Syarikat Hextar Di Bursa Malaysia

in Asas Saham, Saham, Technical Analysis
A A
Prestasi Padu Syarikat-Syarikat Hextar Di Bursa Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“ Kebangkitan kaunter yang bernama Hextar!”

Ramai yang katakan peluang untuk membuat keuntungan di pasaran saham telah terhapus oleh kerana pasaran saham satu dunia sedang mengalami kejatuhan yang sangat teruk ketika ini. 

Tetapi sebenarnya dalam apa juga keadaan pasaran pun, akan sentiasa ada peluang untuk pelabur membuat keuntungan jika pelabur tersebut pandai mencari peluang. 

Kebetulan, ada syarikat-syarikat saham yang mempunyai nama dan logo syarikat yang sama sedang membuat kenaikan luar biasa untuk beberapa minggu kebelakangan ini. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Ya, saham syarikat-syarikat Hextar ini kebanyakannya membuat kenaikan tanpa menghiraukan keadaan pasaran yang teruk ketika ini. Kira seperti melawan arus!

Siapa yang dapat mengesan pergerakan ini lebih awal, memang “jackpot”!

1. Hextar Global Berhad

Sumber: TradingView

Hextar Global Berhad merupakan syarikat yang mempunyai kepakaran membuat bahan kimia tertentu untuk kegunaan pelbagai industri. 

Selepas harga saham Hextar ini membuat breakout di paras RM1.815 pada 20 Oktober 2022, harga saham ini terus melonjak dan berada pada paras RM2.20 seunit pada 28 Oktober 2022. 

Kenaikan sekitar 21% dalam masa kurang daripada 10 hari. Sangat-sangat berbaloi!

2. Hextar Industries Berhad

Sumber: TradingView

Hextar Industries Berhad pula merupakan syarikat yang fokus kepada tiga perniagaan utama seperti pembajaan, alatan berat dan penyewaan alatan mereka. 

JIka kita lihat carta saham ini, harga saham ini membuat kenaikan yang sangat konsisten sejak awal tahun 2022 lagi.

Harga saham syarikat ini membuat breakout sekitar 3 Oktober 2022 pada paras sekitar RM0.425. Harga saham ini pada 28 Oktober adalah pada paras RM0.595 seunit. 

Kenaikan harga saham ini mencecah sehingga 40% dalam tempoh kurang sebulan!

3. Hextar Technologies Solutions Berhad

Sumber: TradingView

Hextar Technologies Solutions Berhad pula adalah syarikat yang menjalankan perniagaan dalam beberapa segmen seperti logistik, gudang dan perdagangan. 

Harga saham syarikat ini memecahkan garisan rintangan pada 7 Oktober pada paras RM4.865 seunit. Kemudian harga saham ini membuat kenaikan parabolik dan ditutup pada paras RM11.86 seunit pada 28 Oktober 2022. 

Dalam masa kurang sebulan, harga saham ini telah membuat kenaikan sebanyak 143%. 

Sayangnya kaunter Hextar Technologies ini adalah tidak patuh syariah! Pelabur muslim, jangan pula ada yang dah terbeli ya. 

4. Hextar Healthcare Berhad

Sumber: TradingView

Dalam banyak-banyak syarikat Hextar, hanya Hextar Healthcare ini sahaja yang tidak membuat kenaikan harga seperti kaunter-kaunter Hextar yang lain. Malah saham syarikat ini dilihat sedang berada di fasa downtrend. 

Anda rasa sebab apa kaunter Hextar Healthcare ini tidak naik seperti syarikat-syarikat Hextar yang lain? 

Kesimpulan

Tidak dinafikan bahawa pasaran saham ketika ini sangat goyah dan sukar untuk kita membuat duit seperti zaman PKP sebelum ini. 

Tetapi seperti yang kita lihat di atas, peluang akan sentiasa ada kepada mereka yang bersedia dan berilmu. Jadi, pastikan anda mempunyai ilmu yang cukup untuk persiapan pasaran ketika kembali pulih nanti. 

Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami akan kongsikan cara guna strategi Swing dalam saham.

• 9 – 10 Sept 2023 (Sabtu – Ahad)
• 9 AM – 5 PM
• Melalui ZOOM

Daftar Sekarang!

Klik link: https://thekapital.my/swingtrading

Tags: Bursa Malaysiahextarkenaikan
Share398ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In