• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Wall Street Catat Keuntungan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 31 Okt  (Bernama) — Bursa Malaysia menebus kembali kerugian yang dicatat Jumaat lepas untuk dibuka lebih tinggi pada pagi urus niaga Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan semalaman  Wall Street menjelang mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) bulan depan.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 6.10 mata kepada 1,453.41 selepas 10 minit diniagakan berbanding 1,447.31 penutup Jumaat.

Indeks utama itu memulakan urus niaga dengan meningkat 3.63 mata pada 1,450.94.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 279 berbanding 107, manakala 259 kaunter tidak berubah, 1,717 tidak diniagakan dan 66 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 282.44 juta unit bernilai RM114.74 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata Wall Street melonjak dengan ketara apabila Indeks Dow Jones meningkat sebanyak 2.6 peratus, didorong oleh keuntungan oleh Apple yang mencatatkan pendapatan yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Pelabur pula dijangka terus memantau beberapa siri peristiwa minggu ini termasuk keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS dan Bank of England untuk mendapatkan hala tuju  prospek ekonomi dan arah pasaran pada masa hadapan.

“Di pasaran tempatan, kami percaya tumpuan pelabur mungkin beralih kepada tema Pilihan Raya Umum ke-15 sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat. Bagi komoditi, minyak mentah diniagakan melebihi US$95 setong manakala harga minyak sawit mentah (MSM) jatuh di bawah RM4,000 setan,” katanya dalam nota hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok 5.0 sen menjadi  RM8.63, Public Bank meningkat 9.0 sen kepada RM4.47, Petronas Chemicals menambah 8.0 sen kepada RM8.86, CIMB peroleh 3.0 sen kepada RM5.59 dan IHH Healthcare meningkat 7.0 pada RM6.02.

Bagi saham aktif, Ta Win naik setengah sen kepada 7.5 sen, kedua-dua Tanco dan Top Glove masing-masing menambah 2.0 sen kepada 37 sen dan 81 sen, manakala Jade Marvel turun setengah sen kepada 28.5 sen dan Harvest tidak berubah. pada 13 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 90.88 mata menjadi 10,366.28, FBM 70 mengukuh 96.35 mata kepada 12,332.93 dan Indeks FBMT 100 meningkat sebanyak 93.40 mata kepada 10,108.25.

Sementara itu, indeks FBM Emas Syariah meraih 85.11 mata kepada 10,407.62 dan FBM ACE meningkat 29.09 mata kepada 4,910.39.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 144.68 mata kepada 16,530.72 dan Indeks Tenaga meningkat 1.39 mata kepada 698.96, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.30 mata kepada 176.75 dan Indeks Perladangan memperoleh 31.34. mata kepada 6,874.39.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiakadar faedahpembukaanWall Street
Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In