• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, September 7, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

TNB, Gamuda Land Semai Perkongsian Bina Dua Stesen Elektron Untuk EV

in Berita, Catalyst, Saham
A A
TNB, Gamuda Land Semai Perkongsian Bina Dua Stesen Elektron Untuk EV
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Gamuda Land, bahagian pembangunan hartanah Gamuda Bhd telah memeterai perkongsian strategik untuk membina dua stesen elektron bagi kenderaan elektrik (EV) di projek hartanahnya di Selangor.

Kedua-dua syarikat itu hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk membangunkan stesen elektron Malaysia di Gamuda Cove, Lembah Klang Selatan serta Gamuda Gardens di Lembah Klang Utara bagi kegunaan komuniti dan pelawat ke taman tema air di Gamuda Cove.

Stesen-stesen tersebut, yang dijadualkan siap menjelang 2025, akan mempercepatkan pembangunan ekosistem dan infrastruktur untuk EV di negara ini, selain menyokong visi kelestarian kedua-dua syarikat.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Stesen elektron akan datang ini akan dikuasakan oleh panel solar di atas bumbung yang akan membantu mengimbangi elektrik dari grid termasuk menyokong persekitaran yang lebih hijau.

“Stesen pengecasan ini serasi dengan semua kenderaan hibrid, hibrid pemalam serta EV sepenuhnya, ia turut menerima masuk pengecas cepat AC dan DC,” kata TNB dan Gamuda Land dalam satu kenyataan bersama.

Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga TNB Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata MOU itu akan membuka jalan bagi firmanya dan Gamuda Land untuk bekerjasama dalam meningkatkan penggunaan EV di Malaysia serta mencapai aspirasi pelepasan sifar negara pada 2050.

“Menyokong percambahan EV adalah sebahagian daripada tonggak peralihan tenaga TNB. Ia sememangnya langkah yang tepat ke hadapan dalam merealisasikan aspirasi bagi menyediakan pelan induk yang mampan, yang menampilkan reka bentuk yang responsif iklim, pengangkutan bersepadu dan bangunan yang jimat tenaga dengan ciri-ciri pintar,” katanya.

Stesen itu akan membolehkan kedua-dua syarikat meningkatkan usaha berterusan mereka untuk mencapai sasaran alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sambil memastikan pertumbuhan perniagaan yang berterusan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land, Chu Wai Lune berkata kedua-dua syarikat juga akan mengusahakan penerokaan inisiatif tenaga lestari lain di bawah tawaran TNB di perbandaran Gamuda Land.

“Stesen elektron ini akan melengkapkan usaha pengurangan karbon di perbandaran kami seperti penyediaan laluan khusus basikal, pejalan kaki dan e-trams sebagai cara pengangkutan alternatif untuk komuniti kami.

“Dengan ini, kami teruja mempunyai organisasi sependapat seperti TNB yang turut berkongsi agenda hijau kami sebagai rakan kongsi, dalam menyediakan penyelesaian yang lestari kepada komuniti kami,” katanya.

— BERNAMA

Tags: EVGamuda LandMoUstesen elektronTNB
Share260ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In