• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Lotte Chemical Titan Catat Kerugian Bersih RM355.5 Juta Pada Suku Ketiga

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Lotte Chemical Titan Catat Kerugian Bersih RM355.5 Juta Pada Suku Ketiga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 27 Okt  (Bernama) — Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT) mencatat kerugian bersih RM355.50 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2022 berbanding keuntungan bersih RM48.84 juta pada tahun lalu.

Pengeluar olefin dan poliolefin itu berkata, kerugian tersebut disebabkan terutamanya penurunan 26 peratus dalam margin di tengah-tengah permintaan yang lemah, penurunan nilai inventori sebanyak RM71.9 juta kepada nilai boleh direalisasi bersih dan kejatuhan bahagian hasil syarikat bersekutu Lotte Chemical USA Corp iaitu daripada untung kepada rugi.

 Hasil, bagaimanapun meningkat enam peratus tahun ke tahun kepada RM2.37 bilion, terutamanya disebabkan kenaikan purata harga jualan produk, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

LCT berkata, penggunaan loji secara puratanya pada 69 peratus untuk suku ketiga 2022 (S3 2022) berbanding 75 peratus pada suku yang sama tahun lalu terutamanya disebabkan pengoptimuman perniagaan apabila kos stok suapan meningkat manakala permintaan dalam industri fabrikasi hiliran kekal lemah.

Ia berkata industri fabrikasi menghadapi masalah kekurangan buruh yang berterusan dan permintaan yang lemah untuk barangan siap disebabkan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi global.

Dalam satu kenyataan akhbar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Park Hyun Chul berkata pasaran terjejas dengan ketara disebabkan kebimbangan terhadap kemelesetan global menakala pelanggan kumpulannya terus berhati-hati dalam pembelian ekoran persekitaran kadar faedah yang tinggi menjejaskan permintaan untuk produk siap.

Mengenai pasaran China yang merupakan pengimport polimer terbesar dunia, Park berkata permintaan untuk polietilena dan polipropilena di negara itu menurun disebabkan dasar sifar COVID.

Walaupun eksport langsung produk LCT ke China adalah satu peluang yang baik, kejatuhan dalam permintaan produk-produk petrokimia dari China telah menjejaskan permintaan dan bekalan di rantau ini, katanya.

Selain itu, sentimen pasaran minyak mentah yang kekal tidak menentu disebabkan kebimbangan terhadap kemelesetan global dan peperangan di Ukraine telah menyebabkan harga nafta berubah-ubah mengikut harga minyak mentah, tambahnya.  

— BERNAMA

Tags: keputusan S3 2022Lotte Chemical Titanolefinpolimerpoliolefin
Share271ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In