• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Gamuda Peroleh Kontrak Projek Kereta Api Bawah Tanah Di Taiwan

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Gamuda Peroleh Kontrak Projek Kereta Api Bawah Tanah Di Taiwan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Gamuda Bhd memperoleh kontrak pembinaan dan penyiapan stesen komuter Pakej CJ18 PingZhen Projek Kereta Api Bawah Tanah Bandar TaoYuan di Taiwan bernilai NT$14.5 bilion (RM2.13 bilion). 

Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata Gamuda, bersama-sama dengan Asia World Engineering & Construction Co (AWEC), sebuah syarikat Taiwan, menerima kontrak tersebut daripada Biro Kereta Api Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Taiwan. 

Projek yang mengambil masa lapan tahun untuk disiapkan itu akan dilaksanakan oleh usaha sama 60:40 tidak diperbadankan yang terdiri daripada Gamuda dan AWEC.

Gamuda menjangka projek itu akan menjana hasil sebanyak NT$8.7 bilion (RM1.28 billion). 

“Projek itu termasuk pembinaan landasan kereta api berkembar bawah tahan sepanjang 3.73 kilometer dengan stesen komuter bawah tanah di PingZhen yang terletak di bawah stesen kereta api sedia ada. 

“Penjajaran bawah tanah baharu itu akan mengoptimumkan dan meningkatkan kecekapan penggunaan tanah di Daerah PingZhen. Projek ini akan meningkatkan mobiliti bandar yang selamat dan terjamin dan mengurangkan kesesakan trafik yang dihadapi penduduk di Bandar TaoYuan apabila siap kelak,” katanya.

Gamuda berkata keadaan pasaran yang buruh yang terhad ketika ini akan menjadi risiko utama bagi projek tersebut. 

— BERNAMA

Tags: AWECGamudaStesen Komuter PingZhenTaiwanTaoYuan City
Share243ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In