• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Untung Bersih Suku Ketiga Nestle Rendah Berikutan Harga Komoditi Lebih Tinggi

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Untung Bersih Suku Ketiga Nestle Rendah Berikutan Harga Komoditi Lebih Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Keuntungan bersih Nestle (Malaysia) Bhd merosot kepada RM112.65 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2022 daripada RM148.02 juta pada suku ketiga 2021 dalam keadaan harga komoditi lebih tinggi dan pertukaran asing yang tidak memberangsangkan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat makanan dan minuman itu turut mengaitkan keuntungan yang lebih rendah itu dengan impak cukai makmur.

Bagaimanapun, perolehan meningkat 17 peratus kepada RM1.68 bilion berbanding RM1.44 bilion sebelum ini berikutan jualan domestik dan eksport lebih tinggi.

“Peningkatan jualan domestik dan eksport, masing-masing menokok 13.5 peratus dan 30.2 peratus disebabkan aktiviti ekonomi yang terus stabil di peringkat tempatan dan dunia.

“Saluran luar rumah (OOH)  terus mencatat pemulihan berbanding tempoh sama tahun lepas, menyaksikan perniagaan OOH terkesan dengan sekatan pergerakan di beberapa kawasan di Malaysia,” katanya.

Lembaga pengarah kemudiannya mengumumkan dividen interim berjumlah 70 sen sesaham bagi tahun itu, berakhir 31 Dis 2022.

Nestle berkata ia kekal dalam kedudukan berdaya tahan untuk mencatat pertumbuhan kukuh pada tahun ini, sambil mengharungi situasi pasaran yang sukar kerana harga komoditi dan kos tenaga yang lebih tinggi dalam persekitaran global yang tidak menentu.

“Selain itu, ringgit telah merosot hingga ke paras paling lemah berbanding dolar Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa tahun, menambahkan lagi kesan daripada komoditi diimport, meskipun sebahagiannya telah diredakan oleh dasar yang memberikan perlindungan nilai,” katanya.

Dalam konteks itu, Nestle berkata ia akan kekal memberikan tumpuan untuk memenuhi harapan rakyat Malaysia dari segi selera dan kualiti serta mengukuhkan jenamanya.

“Kami akan terus meningkatkan kecekapan operasi untuk menyederhanakan impak cabaran kos luaran,” kata Nestle sambil memaklumkan ia akan terus memacu agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus dengan inisiatif hijaunya yang memaparkan kemajuan memberangsangkan.

— BERNAMA

Tags: cukai makmureksportkeputusan kewanganmakanan dan minumanNestle
Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In