fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Tema PRU15, Kenaikan Kukuh Berterusan Di Wall St

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat semula untuk mencatatkan dagangan lebih tinggi pada Rabu, didorong minat belian yang dicetuskan oleh keadaan pilihan raya selain kenaikan berterusan di Wall Street apabila banyak korporat melaporkan keuntungan yang lebih kukuh berbanding jangkaan.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.97 mata kepada 1,449.38 selepas lapan minit dagangan, daripada 1,444.41 ketika ditutup pada Selasa.

Pada 9 pagi, indeks barometer itu dibuka 3.16 mata lebih tinggi kepada 1,447.57.

Keseluruhan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 166 berbanding 94, manakala 221 kaunter tidak berubah, 1,883 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 122.23 juta unit bernilai RM65.19 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pelabur sedang menyesuai dengan tema Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), manakala pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih sejak beberapa hari lepas.

“Sektor telekomunikasi dan media mungkin terus kekal aktif dengan pelaksanaan 5G yang berterusan sementara menunggu pembentangan semula Belanjawan 2023.

“Bagi tema pilihan raya, kami memilih saham pembinaan, bahan binaan serta perbankan tertentu. Sementara itu, sektor teknologi mungkin menjejaki kenaikan kukuh di Nasdaq dalam tempoh semalaman,” jelasnya dalam nota penyelidikan pada Rabu.

Kaunter berkaitan komoditi juga dijangkakan menjadi tumpuan memandangkan minyak mentah diniagakan melebihi US$93 setong, manakala harga minyak sawit mentah (MSM) bergerak melebihi RM4,150 satu tan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street juga mencatatkan kenaikan susulan wujudnya harapan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan kurang agresif dalam menaikkan kadar faedahnya ekoran terdapat tanda bahawa ekonomi AS mengalami penurunan inflasi.

Pasaran saham AS juga menerima rangsangan daripada peserta utama apabila Coca-Cola, General Motors dan Microsoft mencatatkan pendapatan korporat yang lebih kukuh berbanding jangkaan.

Di peringkat tempatan Maybank naik enam sen kepada RM8.74, Sime Darby Plantation menokok lima sen kepada RM4.47, PPB melonjak 20 sen kepada RM16.80 manakala Axiata dan Maxis masing-masing meningkat tiga sen kepada RM2.77 dan RM3.60.

Bagi saham aktif, Betamek yang baru disenaraikan meningkat 26 sen kepada 76 sen, Yee Lee Pacific menokok 2.5 sen kepada 31 sen dan MAG naik setengah sen pada 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 29.04 mata kepada 10,257.43; FBM 70 menambah 13.89 mata kepada 12,121.28 dan Indeks FBMT 100 naik 29 mata kepada 10,003.82.

Indeks FBM Emas Syariah naik 29.08 mata kepada 10,241.20 dan FBM ACE menambah 12.24 mata kepada 4,842.84.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 37.76 mata kepada 16,542.93; Indeks Tenaga naik 2.92 mata kepada 681.28; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.29 mata kepada 175.38 serta Indeks Perladangan menambah 20.33 mata kepada 6,812.41.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaCoca-Colapelabur asingPRU15Wall Street
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

7 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

1 week ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In