• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 31, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Ketiga Digi.com Turun Kepada RM264 Juta

in Catalyst, Saham
A A
Untung Bersih Suku Ketiga Digi.com Turun Kepada RM264 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) — Keuntungan bersih Digi.Com Bhd susut kepada RM264.48 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2022, daripada RM312.82 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Digi berkata penyusutan itu disebabkan oleh kos kewangan bersih yang lebih tinggi dan peruntukan cukai tinggi berikutan pelaksanaan Cukai Makmur pada suku tersebut.

Hasil turun kepada RM1.53 bilion daripada RM1.58 bilion sebelumnya, kata syarikat telekomunikasi itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) menyusut sebanyak 4.9 peratus di tengah-tengah pasaran yang mencabar apabila program Jaringan Prihatin (JP) berakhir.

Peningkatan pelaburan dalam teknologi maklumat dan pemodenan rangkaian, tekanan inflasi dan kos berkaitan penggabungan yang tidak berulang juga memberi kesan kepada pendapatan.

Digi berkata jumlah hasil perkhidmatan merosot sebanyak 1.8 peratus meskipun pertumbuhan kukuh dalam segmen pascabayar, perniagaan ke perniagaan (B2B) dan gentian. 

“Jumlah penambahan asas pelanggan yang menggalakkan sebanyak 358,000 kepada 10.72 juta seterusnya mengimbangi impak kesan daripada penamatan program JP, yang memuncak pada suku ketiga 2021 dan kemudiannya berakhir pada suku ketiga 2022.

“Pascabayar meningkat 1.3 peratus, di samping pertumbuhan hasil B2B sebanyak 12.4 peratus berdasarkan nilai kukuh kami yang menyokong keperluan pendigitalan perniagaan Malaysia yang semakin meningkat,” katanya.

Sebaliknya, hasil prabayar turun 6.7 peratus apabila pemulihan kukuh segmen migran baru-baru ini tidak dapat mengimbangi kesan penamatan program JP.

Digi berkata kempen Juara Internet Malaysiaku dan pelancaran produk Prabayar Tanpa Had baharunya meraih jumlah pelanggan prabayar aktif yang lebih tinggi bagi segmen rakyat Malaysia dan migran, meningkat 177,000 menjadikan jumlah keseluruhan pelanggan prabayar sebanyak 7.30 juta.

Bagi tempoh sembilan bulan, keuntungan bersih susut kepada RM720.67 juta daripada RM857.55 juta, manakala hasil berjumlah RM4.59 bilion berbanding RM4.75 bilion. 

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pemasarannya Praveen Rajan berkata Digi mengunjurkan permintaan yang berterusan bagi perkhidmatan mudah alih merentasi semua segmen. 

“Pada masa depan, dengan ketidaktentuan makro-ekonomi seperti risiko kemelesetan global yang menjejaskan pasaran, kami akan terus berdisiplin dalam pengurusan kos, di samping terus melabur dalam bidang pertumbuhan strategik, menambah baik rangkaian dan agenda pemodenan,” katanya dalam satu kenyataan.

Praveen berkata perbincangan berkaitan perjanjian akses 5G dengan pihak-pihak berkaitan sedang berjalan lancar dan syarikat itu berharap dapat memuktamadkan cadangan penggabungan Celcom-Digi tahun ini.

— BERNAMA 

Tags: DigiJaringankeuntungan bersih
Share252ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In