• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bajet 2023: Rakyat Tidak Perlu Khuatir, Kerajaan Ada Peruntukan Untuk Laksana – Tengku Zafrul

in Berita
A A
Perkara 102(a) Boleh Pastikan Kesinambungan Program Kerajaan, Dengan Kelulusan Sebahagian Bajet 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA SELANGOR, 20 Okt (Bernama) — Rakyat tidak perlu khuatir dengan Bajet 2023 berjumlah RM372.3 bilion yang merupakan bajet terbesar dalam sejarah negara kerana kerajaan mempunyai peruntukan untuk melaksanakannya, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata setiap belanjawan yang dirancang oleh kerajaan adalah berdasarkan unjuran hasil tahunan yang akan diterima negara pada tahun tersebut. 

“Itu adalah unjuran hasil. Seandainya kita tiada duit, market akan crash (menjunam jatuh), ringgit akan jatuh tengoklah apa yang berlaku kepada United Kingdom.

“Sekiranya rakyat tiada keyakinan terhadap Bajet 2023 terutamanya pasaran kewangan dan dalam kalangan pelabur sudah pasti kita sudah tahu…tapi setakat ini tiada (tiada keyakinan terhadap Bajet 2023),” katanya selepas majlis pelancaran Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia negeri Selangor di Puncak Alam, di sini hari ini. 

Majlis tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Rakyat tidak perlu gundah-gulana …seperti biasa, bajet yang disediakan pada tahun 2020 ,2021, 2022, 2023 memang ada peruntukan untuk bajet pada tahun tersebut untuk dilaksanakan,” katanya.

Ditanya adakah Bajet 2023 yang dibentangkan beliau pada 7 Oktober lepas akan mempunyai perubahan jika dibentangkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti beliau berkata: “Semuanya bergantung kepada keputusan Kabinet kelak.”

Terdahulu, Tengku Zafrul dalam ucapannya berharap para usahawan akan merebut peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan apabila tiba waktu Bajet 2023 dilaksanakan. 

“Bajet ini sememangnya ada berita baik untuk usahawan. Bagi merancakkan dan membina daya tahan sektor perniagaan, kerajaan telah mencadangkan untuk menambah baik program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM45 bilion. 

Beliau berkata sejumlah RM1.7 bilion daripada jumlah tersebut tersedia khas sebagai dana pinjaman mikro dan kemudahan perniagaan untuk manfaat peniaga kecil.

Kerajaan juga bercadang memberikan geran ‘one-off’ sebanyak RM1,000 kepada semua syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdaftar dengan kira-kira satu juta perniagaan bakal menerima manfaat ini dengan peruntukan keseluruhan RM1 bilion, katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berharap pelaksanaan Bajet 2023 akan ada kesinambungannya dan dapat diluluskan. 

“Kita semua harap bajet yang dibentangkan akan diluluskan dan dilaksanakan pada tahun depan, kalau boleh dilaksanakan…Alhamdulillah. Segenap lapisan usahawan akan mendapat faedah,” katanya. 

— BERNAMA 

Share211ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In