• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Momentum aktiviti belian sederhana membabitkan saham wajaran tinggi terpilih mendorong Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada urus niaga hari Rabu.

Pada 9.27 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.04 mata kepada 1,402.40 daripada 1,400.36 penutup Selasa.

Indeks utama itu memulakan urus niaga pada 1,402.68, meningkat 2.32 mata.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 233 berbalas 170, manakala 260 kaunter tidak berubah, 1,699 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 315.96 juta unit bernilai RM148.78 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pelabur kemungkinan mengetepikan beberapa kebimbangan berkenaan kemelesetan dalam tempoh terdekat untuk turut serta dalam musim pelaporan laporan suku ketiga yang sedang berlangsung di Wall Street.

“Di dalam negara pula, kami menjangkakan sentimen di bursa tempatan kembali stabil sebaik sahaja tarikh rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 diumumkan lewat minggu ini,” kata firma pembrokeran itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Katanya minat belian diunjur terus meningkat bagi kaunter perladangan memandangkan harga minyak sawit mentah yang lebih mampan, manakala sektor teknologi mungkin meneruskan kenaikan kerana minat belian telah dilihat di Nasdaq.

“Sementara itu, kami terus memihak pada saham pengguna dan penjagaan kesihatan,” kata Malacca Securities.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB meningkat tujuh sen kepada RM5.32 dan Maxis menokok empat sen menjadi RM3.50, manakala Press Metal, Maybank, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing naik dua sen kepada RM3.50, RM4.23, RM8.53 dan RM4.22.

Bagi saham aktif, Harvest Miracle menambah setengah sen kepada 14 sen, Careplus meningkat dua sen menjadi  44.5 sen, UEM Sunrise mengembang 1.5 sen kepada 20.5 sen, manakala Hiap Huat, Top Glove dan Hong Seng Consolidated tidak berubah pada 16 sen, 74 sen dan 27 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh sebanyak 13.14 mata kepada 9,988.04, FBM 70 meningkat 19.41 mata untuk mencapai paras 12,025.56 dan Indeks FBMT 100 menokok 14.51 mata kepada 9,736.26.

Sementara itu, Indeks FBM Emas Syariah susut 9.01 mata kepada 10,025.77 dan FBM ACE meraih 2.59 mata kepada 4,755.76.  

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 75.29 mata kepada 15,968.62, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.49 mata menjadi 171.35, Indeks Perladangan susut 7.23 mata kepada 6,609.44 dan Indeks Tenaga jatuh 3.39 mata kepada 667.38.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIpembukaanpilihan raya
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In