• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bajet 2023 Perlu Disemak Dan Tangani Isu Seperti Jaringan Keselamatan Sosial — Pakar

in Berita
A A
Perkara 102(a) Boleh Pastikan Kesinambungan Program Kerajaan, Dengan Kelulusan Sebahagian Bajet 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Okt  (Bernama) — Bajet 2023 perlu disemak dan menangani isu-isu utama yang “belum diterokai” seperti dana pencen, pendapatan asas sejagat, kadar pengangguran dan pinjaman pendidikan tinggi, kata seorang pakar ekonomi.

Dekan Institut Pengajian Lepasan Ijazah Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Prof Geoffrey Williams berkata menangani isu-isu ini adalah penting untuk memastikan kemampanan negara pada masa hadapan.

Memetik kenyataan oleh Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Nurhisham Hussein, beliau berkata 96 peratus rakyat Malaysia tidak mampu untuk bersara dengan simpanan KWSP dan 73 peratus daripada pencarum aktifnya tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk bersara mengatasi garis kemiskinan.

“Memang benar kadar pengangguran di Malaysia sangat rendah, kerana orang ramai tidak mampu untuk tidak mempunyai pekerjaan kerana ketiadaan jaringan keselamatan sosial,” katanya pada Forum Business Foresight 2022 anjuran Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti di sini hari ini.

Williams adalah salah seorang speaker untuk sesi bertajuk ““Malaysia and Global Economic Outlook – Driving Recovery and Sustainable Growth amidst Turbulence” di forum berkenaan.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah pada Ogos memberitahu Dewan Negara bahawa secara keseluruhan, RM145 bilion telah dikeluarkan oleh pencarum KWSP di bawah empat kemudahan pengeluaran iaitu i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan kemudahan pengeluaran khas sebanyak RM10,000.

Williams seterusnya berkata kerajaan seharusnya memberi tumpuan kepada pembaharuan skim Bantuan Keluarga Malaysia dan memasukkan program pendapatan asas sejagat, dengan bayaran bulanan tetap sebanyak RM1,000 untuk kumpulan berpendapatan rendah melalui mekanisme pemindahan tunai.

Katanya orang ramai sepatutnya mempunyai “akses penuh” kepada bantuan kewangan, dengan dana disalurkan terus ke akaun bank penerima yang disasarkan dan bukannya dikreditkan ke dalam akaun e-dompet.

“Setiap kali mereka membelanjakan wang yang dikreditkan dalam e-dompet, mereka perlu membayar peratusan tertentu yuran (kepada syarikat e-dompet).

“Masukkan wang ke dalam akaun bank mereka dan biarkan mereka mengeluarkannya secara tunai, dengan kad debit atau melalui e-dompet mengikut pilihan mereka, tanpa bayaran kepada penyedia e-dompet,” katanya.

— BERNAMA

Share223ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

5 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

7 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

7 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In