fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Sunview Catat Kemunculan Pertama Kukuh Di Pasaran Ace, Catat Harga 59.5 Sen

in Saham
A A
Sunview Catat Kemunculan Pertama Kukuh Di Pasaran Ace, Catat Harga 59.5 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) — Sunview Group Bhd membuat kemunculan pertama yang kukuh di Pasaran ACE dengan harga 59.5 sen hari ini, sekali gus mencatatkan premium 30.5 sen berbanding harga terbitan 29 sen dengan 8.82 juta saham bertukar tangan ketika awal dagangan.

Syarikat tenaga boleh baharu (RE) yang terbabit terutamanya dalam  kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) serta perkhidmatan pembinaan dan pemasangan kemudahan fotovoltaik solar (PV) itu, dijangka meraih RM34.22 juta menerusi langkah penyenaraian itu.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ong Hang Ping berkata sebanyak RM20.10 juta atau 58.72 peratus daripada hasil itu akan digunakan untuk membiayai keperluan modal kerja kumpulan, manakala RM7 juta atau 20.46 peratus akan diperuntukkan bagi membayar semula pinjaman bank.

Berkaitan

Eco Shop Dibuka Naik 10% Ketika Penyenaraian, Berbanding Tawaran IPO Pada RM1.13

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

Sejumlah RM1.86 juta atau 5.42 peratus telah diperuntukkan untuk perbelanjaan modal, manakala RM1.67 juta atau 4.88 peratus akan dimanfaatkan untuk pengembangan perniagaan.

Baki RM3.60 juta atau 10.52 peratus akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian.

Ong berkata syarikat itu bercadang untuk meningkatkan bahagian pasarannya kepada lebih 10 peratus tahun depan berbanding 4 peratus pada 2021 berikutan nilai perolehan yang kukuh berjumlah RM558.34 juta setakat 30 Ogos, 2022 yang akan menyediakan kejelasan pendapatan sehingga 2024.

“Masih terdapat kuota dan insentif daripada kerajaan seperti skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM)  serta peruntukan dan pengagihan semula kuota RE sebanyak 1,200 megawat untuk sumber solar.

“Oleh itu, kami yakin adanya pasaran tambahan untuk kami capai dalam masa beberapa tahun lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyenaraian syarikat.

Perolehan syarikat disumbangkan terutamanya daripada EPCC serta projek PV solar berskala besar, katanya sambil memaklumkan syarikat mempunyai 35 projek EPCC berkaitan PV solar yang sedang dijalankan dengan nilai kontrak sebanyak RM685.29 juta.

Sunview turut berhasrat menubuhkan pejabat baharu di Johor untuk memburu potensi peluang dalam EPCC dan kemudahan PV solar atas bumbung. 

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami akan kongsikan cara guna strategi Swing dalam saham.

• 9 – 10 Sept 2023 (Sabtu – Ahad)
• 9 AM – 5 PM
• Melalui ZOOM

Daftar Sekarang!

Klik link: https://thekapital.my/swingtrading

Tags: pasaran ACEsunviewtenaga boleh baharu
Share234ShareSend

Related Posts

10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Eco-Shop Marketing Berhad
Saham

Eco Shop Dibuka Naik 10% Ketika Penyenaraian, Berbanding Tawaran IPO Pada RM1.13

11 hours ago
Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

12 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

14 hours ago
AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In