• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

WTCKL, Pusat Dagangan Dunia Pertama Guna Tenaga Hijau

in Berita
A A
WTCKL, Pusat Dagangan Dunia Pertama Guna Tenaga Hijau
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menempa sejarah menjadi Pusat Dagangan Dunia pertama di seluruh dunia menggunakan tenaga hijau.

Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata beberapa faedah diperoleh apabila menggunakan sumber tenaga hijau untuk bangunan tersebut.

“Ia termasuk pengurangan pelepasan pelepasan karbon, perbelanjaan tenaga yang lebih murah dan peluang pemasaran yang lebih luas.

“Kesan kepada alam sekitar sumber ini harus diberi perhatian. Kerjasama bersama industri adalah satu-satunya strategi yang boleh membantu kita untuk maju ke hadapan,” katanya pada majlis pelancaran platform pembiayaan tenaga hijau Itramas Corporation Sdn Bhd (Itramas) dan Burj Energy International Management Ltd (Burj Energy) di WTCKL hari ini.

Usaha sama antara syarikat kejuruteraan Malaysia, Itramas dan syarikat tenaga boleh diperbaharui yang berpangkalan di Dubai, Burj Energy menyediakan pembiayaan untuk institusi dan perniagaan korporat di Asia untuk mengguna pakai tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian kecekapan tenaga pada kos yang lebih rendah.

Kerjasama Burj Energy-Itramas itu melibatkan pembiayaan dan pengurangan risiko teknologi, pembinaan, pentauliahan dan operasi untuk pemasangan tersebut untuk perniagaan yang mahu mengguna pakai tenaga dan amalan hijau tanpa ada komitmen sumber kewangan secara langsung untuk melakukannya melalui perbankan atau pinjaman .

Burj Energy-Itramas telah menandatangani perjanjian pembekalan bagi tempoh 21 tahun untuk tenaga boleh diperbaharui dengan syarikat pengurusan WTCKL Putrade Property Management Sdn Bhd bagi membekalkan tenaga hijau kepada pusat perdagangan itu.

Irmohizam berkata sistem solar itu dijangka menjana sehingga 650,000 kilowatt-jam (kWh) tenaga hijau setahun dengan pemasangan fotovoltaik solar puncak 501 kilowatt sekali gus mengurangkan bersamaan kira-kira 500 tan metrik pelepasan karbon dioksida setiap tahun dan lebih daripada 10,000 tan metrik dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Beliau juga berkata WTCKL berbangga menjadi projek pertama yang dibiayai oleh platform pembiayaan tenaga hijau Burj Energy-Itramas kerana platform pembiayaan itu membolehkan institusi dan perniagaan korporat membuat peralihan kepada penggunaan tenaga hijau.

Dalam model ini, perjanjian pembelian kuasa (PPA) swasta akan ditandatangani antara pemilik perniagaan dan Burj Energy-Itramas di mana pemilik perniagaan membeli elektrik terus daripada Burj Energy-Itramas dan seterusnya mengendalikan dan mengurus sistem penjanaan tenaga hijau untuk keseluruhan tempoh PPA tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Itramas, Lee Choo Boo berkata syarikatnya berbesar hati kerana Burj Energy menyertai komitmen jangka panjang untuk mengurangkan jejak karbon di Malaysia.

“Itramas teruja untuk meneruskan sumbangan kami kepada peralihan tenaga hijau Malaysia dan terus merealisasikan cita-cita teknologi hijau kami,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Burj EnergyItramastenaga HijauWTCKL
Share245ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

8 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

10 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

10 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In