• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Sabah Dijangka Kutip RM2.45 Bilion Setahun Menerusi Royalti Dan SST – Hajiji

in Berita, Hebahan
A A
Sabah Dijangka Kutip RM2.45 Bilion Setahun Menerusi Royalti Dan SST – Hajiji
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KOTA KINABALU, 11 Okt (Bernama) — Kerajaan Sabah dijangka mengutip royalti dan bayaran cukai jualan negeri (SST) daripada sektor minyak dan gas berjumlah RM2.45 bilion setahun dengan kemasukan ammonia dan urea ke dalam Enakmen SST mulai Ogos tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata melalui kemasukan ammonia dan urea itu juga Petronas Chemical menyalurkan sumbangan tambahan RM10 juta untuk Ogos tahun ini kepada kutipan SST negeri Sabah untuk operasi kilang ammonia dan urea di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

“Jumlah itu (RM2.45 bilion) juga bergantung kepada pergerakan harga minyak, bagaimanapun negeri Sabah boleh menjangkakan untuk mengutip jumlah royalti dan bayaran SST itu setahun.

“Kami berharap untuk membangun dan mengembangkan perniagaan minyak dan gas dengan semua syarikat minyak dan gas dalam suasana perkongsian harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Bekalan Gas Asli dan Pertukaran Dokuen Perjanjian Jual Beli Aset dan Perniagaan Gas antara Petronas dan Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) di sini hari ini.

Teks ucapan Hajiji dibacakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Menteri Kewangan Kedua negeri, Datuk Masidi Manjun.

Pengurus Besar Kanan Pengurusan Hidrokarbon Bersepadu Pengurusan Petroleum Malaysia, Aidid Chee Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif SEC Adzmir Abdul Rahman menandatangani perjanjian tersebut serta menyempurnakan pertukaran dokumen yang disaksikan Masidi.

Sementara itu, Hajiji berkata melalui kerjasama itu SEC yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan Sabah (GLC) menjadi pembekal dan pengangkut gas asli domestik terbesar di Sabah sekali gus menjadi antara penggiat utama industri minyak dan gas di Malaysia.

Menerusi pemerolehan kontrak gas Petronas di Sabah, SEC menjadi pembekal dan pengangkut gas asli domestik terbesar di negeri itu, ia akan terlibat memindahkan lebih daripada 250MMscfd (Million Standard Cubic Feet Per Day) gas asli ke Penjana Tenaga Bebas (IPP) sedia ada.

“Dengan pangkalan pelanggan yang lebih besar dan kawalan infrastruktur, SEC bersedia untuk mengembangkan lagi perniagaan gasnya di Sabah selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk melihat peningkatan penyertaan GLC negeri dalam industri minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata melalui usaha kolaboratif itu SEC akan memiliki dan mengoperasikan infrastruktur gas asli hiliran utama di Sabah.

“Pengambilalihan perniagaan gas asli yang dimiliki oleh Petronas, SEC membekalkan 86 peratus bahan bakar bagi tujuan janakuasa di negeri ini.

“Justeru, kerajaan negeri melalui SEC akan dapat maju ke hadapan dalam meneroka potensi penuh rantaian industri gas asli negeri ini, ia akan memberikan pulangan ekonomi yang baik kepada Sabah,” kata Hajiji.

— BERNAMA

Share343ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

12 months ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In