• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Apex-Privasia Peroleh Dua Kontrak Bernilai RM1.2 Bilion Daripada K-Komm

in Berita, Catalyst, Saham
A A
Apex-Privasia Peroleh Dua Kontrak Bernilai RM1.2 Bilion Daripada K-Komm
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) — Privasia Technology Bhd (Privasia) mengumumkan bahawa usaha samanya dengan APEX Communications Sdn Bhd (APEX), melalui Konsortium Apex-Privasat memperoleh dua kontrak bernilai RM1.2 bilion daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM).

Privasia ialah penyedia perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi serta rangkaian berasaskan satelit.

Kontrak tersebut memerlukan pemasangan gentian optik dan penyelenggaraan infrastruktur gentian optik di sekolah, kawasan kediaman dan premis perniagaan, komersial dan perindustrian di bawah Fasa 2 pengembangan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah titik kehadiran (PoP).

Kontrak itu akan meliputi wilayah selatan (Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor) dan wilayah utara (Kedah dan Perak) yang masing-masing bernilai RM627.2 juta dan RM617.5 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan, dan aset bersih Privasia bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022, dan seterusnya.

Tempoh kontrak adalah selama 96 bulan, dan pelaksanaannya hendaklah diselesaikan dalam 36 bulan dan diikuti dengan tempoh jaminan selama 60 bulan.

Projek ini dijangka mengukuhkan nilai perolehan sedia ada Privasia, yang kini berjumlah RM50.3 juta (tidak termasuk kontrak ini).

Sementara itu, dalam satu kenyataan bersama,  Pengerusi Eksekutif APEX Tan Sri Datuk Abdullah Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Pengarah Urusan Kumpulan Privasia Datuk Puvanesan Subenthiran berkata “kami amat percaya infrastruktur teknologi komunikasi maklumat yang kukuh mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.”

“Projek PoP akan merapatkan jurang kesalinghubungan dan mobiliti antara kawasan luar bandar dan bandar, terutamanya apabila dianggarkan sekurang-kurangnya 432,300 premis akan mempunyai perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi sebaik sahaja kedua-dua Fasa 1 dan 2 siap menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke-12 pada 2025,” tambah kedua-dua pihak itu.

— BERNAMA

Share710ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In