• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit Sebelum Susut Beberapa Minit Kemudian

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 7 Okt  (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini sebelum menyusut beberapa minit kemudian berikutan sentimen berhati-hati menjelang pembentangan Bajet 2023 lewat hari ini, kata seorang peniaga.

Pada jam 10.13 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.63 mata kepada 1,412.80 daripada 1,420.43 pada penutup urus niaga Khamis.

Indeks utama itu dibuka 1.36 mata lebih baik pada 1,421.79.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 322 berbanding 188, manakala 291 kaunter tidak berubah, 1,546 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 701.26 juta unit bernilai RM331.42 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, ia menjangka pasaran global kekal tidak menentu manakala pelabur di peringkat tempatan mungkin berdagang dengan lebih berhati-hati menjelang pembentangan Bajet 2023.

“FBM KLCI mencatatkan kerugian kecil kerana pelabur mengambil untung pada jam terakhir semalam. Sementara itu, Wall Street telah kembali lemah selepas beberapa hari mencatatkan kenaikan,” katanya dalam nota penyelidikan.

Bagi komoditi, harga minyak mentah meningkat melebihi US$94 selepas Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) mengambil keputusan untuk mengurangkan pengeluaran, manakala harga minyak sawit mentah pula berlegar melepasi paras RM3,750, kata firma itu.

Dilaporkan Malaysia akan mengurangkan pengeluaran minyak mentah hariannya sebanyak 27,000 tong kepada 567,000 tong di bawah rancangan pengurangan pengeluaran kolektif sebanyak dua juta tong sehari oleh OPEC+.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa  — Maybank dan IHH Healthcare turun empat sen setiap satu kepada RM8.63 dan RM5.77, Petronas Chemicals susut dua sen kepada RM8.62, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.27 dan CIMB meningkat tiga sen kepada RM5.29.

Bagi saham aktif, Vinvest naik setengah sen kepada 18.5 sen, Top Glove turun setengah sen menjadi 67.5 sen, Citaglobal susut 1.5 sen kepada 27.5 sen manakala MMAG Holdings dan Serba Dinamik tidak berubah pada 2.5 sen dan dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 41.61 mata kepada 10,091.98, FBM 70 lebih rendah 9.15 mata menjadi 12,299.72 dan Indeks FBMT 100 lemah 42.22 mata kepada 9,843.78.

 Sementara itu, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 66.51 mata kepada 10,130.62 dan FBM ACE turun 27.45 mata kepada 4,716.21.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 47.06 mata kepada 16,073.96, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun  0.57 mata kepada 174.15, Indeks Perladangan lemah 33.50 mata kepada 6,528.64 dan Indeks Tenaga berkurangan 3.99 mata kepada 694.31.

— BERNAMA

TAG:  Bursa Malaysia, FBMKLCI, pembukaan, Malacca Securities, Bajet 2023

Share225ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In