Sebagai pelabur, pasti anda pernah mendengar tentang saham Blue Chip. Apa itu saham Blue Chip?
Saham Blue Chipadalah syarikat besar dengan reputasi yang sangat baik. Biasanya syarikat ini adalah sangat mantap daripada segi kewangan dan telah beroperasi selama bertahun-tahun lamanya.
Baca juga: Kelebihan Melabur Dalam Saham ‘Blue Chip’
Nak tahu apakah saham Blue Chip terbaik di Malaysia? Sebelum itu, fahami perkara ini dahulu.
Biasanya, saham Blue Chip ini mempunyai keupayaan untuk bertahan dalam keadaan pasaran yang sukar dan akan memberi pulangan yang tinggi apabila berada dalam keadaan pasaran yang baik.
Secara ringkasnya, boleh dikatakan bahawa ia adalah saham yang terkuat dan terbesar di Bursa Malaysia. Jom lihat antara 10 saham Blue Chip terbaik di Malaysia yang perlu anda tahu.
1. HARTA (Hartalega Holdings Berhad)

Hartalega merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pengeluaran sarung tangan. Ia mempunyai nilai pasaran sekitar RM69,526 dan memiliki 3,333 juta saham. Syarikat ini sangat kaya dan mempunyai aset yang sangat bernilai.


2. PBBANK (Public Bank Berhad)

Dengan nilai pasaran berjumlah sekitar RM64,751 juta dan memiliki 882 juta saham, Public Bank Berhad menyediakan pelbagai perkhidmatan perbankan dan kewangan di Malaysia. Selain itu, ia juga beroperasi di Hong Kong, Republik Rakyat China, Vietnam, Kemboja, Laos dan Sri Lanka yang diasaskan pada 1966 dan beribu pejabat di Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, saham ini tidak patuh syariah.


3. PCHEM (Petronas Chemicals Berhad)

Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan yang menjadi pengeluar petrokimia bersepadu di Malaysia. Mereka bernilai lebih kurang RM 48,160 juta dan memiliki 8,000 juta saham.


4. MAXIS (Maxis Berhad)

Maxis Berhad adalah syarikat penyedia perkhidmatan komunikasi mudah alih di Malaysia. Ia mempunyai nilai sekitar RM 40,643 juta di dalam pasaran dan memiliki 7,816 juta saham. Banyak dan kaya betul Maxis ni rupanya!


5. MISC (MISC Berhad)

MISC Berhad terlibat dalam aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan perkapalan serta memiliki dan mengendalikan terminal terapung luar pesisir di seluruh dunia. Beribu pejabat di Kuala Lumpur, MISC mempunyai Nilai sekitar RM35,123 juta dalam pasaran dan memiliki 4,463 juta saham.


6. SIMEPLT (Sime Darby Plantation Berhad)
Sumber Imej : simedarby.com
Dengan nilai pasaran sekitar RM34,833 juta dan memiliki 6.84 juta saham, Sime Darby Plantation merupakan syarikat perladangan kelapa sawit terbesar di dunia mengikut kawasan tanaman. Sime Darby dikatakan mengeluarkan kira-kira 2.48 juta tan atau 4% daripada pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) dunia setiap tahun.


7. IHH (IHH Healthcare Berhad)

Dengan memiliki nilai pasaran sekitar RM47,001 juta dan 8,769 juta saham, IHH Healthcare Berhad merupakan penyedia penjagaan kesihatan swasta. Ianya juga terlibat dalam perniagaan penjagaan kesihatan bersepadu dan perkhidmatan berkaitan di Singapura, Malaysia dan Turki.


8. TENAGA (Tenaga Nasional Berhad)

Tenaga Nasional Berhad terlibat dalam penjanaan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik di seluruh Malaysia. Tenaga Nasional Berhad dianggarkan bernilai RM 64,138 juta dan mempunyai 5,686 juta saham.


9. TOPGLOV (TopGlove Corporation Berhad)

TopGlove yang terlibat dalam pembuatan dan perdagangan sarung tangan getah juga antara saham Blue Chip terbaik di Malaysia. Ianya diasaskan pada 1991 dan berpangkalan di Klang. TopGlove Corporation Berhad dengan nilai pasaran berjumlah RM68,198 juta, mempunyai 2,560 juta saham.


10. MAYBANK (Maybank (Malayan Banking Berhad)

Dengan nilai pasaran RM83,751 juta dan 11,049 juta saham, Malayan Banking Berhad menyediakan pelbagai perkhidmatan perbankan dan kewangan dari segi perbankan, pelaburan, insurans, takaful dan sebagainya. Saham ini juga tidak patuh syariah.


Kesimpulan
Kesimpulannya, saham di atas merupakan saham Blue Chip terbaik di Malaysia yang sering menjadi pilihan pelabur. Apa yang kurangnya dengan saham Blue Chip adalah pertumbuhannya amat perlahan dan tidak sesuai untuk pelabur jangka masa pendek.
Jadi, sekiranya anda ingin fokus dengan pelaburan jangka masa panjang, pilihlah saham Blue Chip!
Penafian: Maklumat ini bertujuan untuk pendidikan sahaja. Kami tidak memberitahu saham apa yang perlu dilabur. Sebarang tindakan ataupun keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.
Rujukan: https://www.theedgemarkets.com/article/top-10-stocks-own-2022-according-research-houses
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




