• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Laporan Wiki Impact: 20 Syarikat Teratas Di Bursa Derma RM159.69 Juta Secara Tunai Pada 2021

in Berita, Saham
A A
Laporan Wiki Impact: 20 Syarikat Teratas Di Bursa Derma RM159.69 Juta Secara Tunai Pada 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Mengikut laporan “Bursa Top 20: Who’s The Most Charitable?” oleh Wiki Impact, 20 syarikat teratas di Bursa Malaysia menderma sebanyak RM159.69 juta secara tunai pada 2021. 

Sime Darby, Tenaga Nasional, Telekom Malaysia dan CIMB merupakan antara penyumbang utama pada 2021 manakala purata peratusan pemberian tunai berbanding keuntungan bersih adalah 0.29 peratus, demikian menurut laporan itu. 

Sime Darby Bhd merupakan penyumbang tunai terbesar pada 1.40 peratus (pemberian tunai berbanding keuntungan bersih) dengan RM20 juta daripada RM1.42 bilion keuntungan bersih disalurkan kepada badan amal serta inisiatif sosial dan alam sekitar lain. 

“Selain itu, Tenaga Nasional Bhd meraih keuntungan bersih sebanyak RM3.66 bilion dan menyumbang lebih RM39.57 juta bagi derma secara tunai, melebihi 1 peratus pemberian tunai berbanding ambang keuntungan bersih,” kata laporan itu.

20 syarikat teratas Bursa itu yang merupakan syarikat berpendapatan tertinggi yang disenaraikan di bursa saham Malaysia dengan keuntungan dan operasi perniagaan yang besar juga merupakan penyumbang terbesar di Malaysia ketika negara menghadapi cabaran ekonomi dan sosial yang disebabkan oleh pandemik COVID-19. 

Pengasas bersama Wiki Impact Terence Ooi berkata 20 syarikat teratas Bursa ini banyak memberi sumbangan yang mencerminkan pertanggungjawapan sosial korporat dan alam sekitar yang kukuh.

Beliau berkata laporan itu menetapkan garis asas dan menyediakan visi bagi syarikat lain untuk mengikut contoh teladan.

“Pelaporan berasaskan bukti ini bukan sahaja menonjolkan sumbangan korporat di Malaysia tetapi juga memberi dorongan kepada lembaga pengarah akan kepentingan bagi syarikat yang meraih keuntungan untuk memberi sumbangan secara tunai dan menjadi telus tentang bagaimana mereka melakukan perubahan,” kata Ooi. 

Selain sumbangan tunai, laporan itu menyatakkan bahawa syarikat juga menyumbang dalam bentuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR), makanan, produk dan perkhidmatan untuk menyokong kakitangan, masyarakat dan komuniti yang terjejas akibat pandemik. 

Bantuan COVID-19 dan bantuan kewangan merupakan sumbangan terbesar yang disalurkan syarikat-syarikat pada 2021.

— BERNAMA

Share269ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In