fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Kerajaan Digesa Terus Bantu Rakyat, Perniagaan Yang Terjejas Disebabkan Kelemahan Nilai Ringgit

in Berita
A A
Kerajaan Digesa Terus Bantu Rakyat, Perniagaan Yang Terjejas Disebabkan Kelemahan Nilai Ringgit
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Kerajaan telah digesa untuk terus memberi tumpuan kepada meningkatkan keyakinan pelabur dalam ekonomi sebenar dengan menunjukkan bahawa ia bersedia untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas akibat kejatuhan nilai ringgit.

Penyusutan nilai mata wang memberikan cabaran yang ketara kepada orang ramai dan perniagaan apabila kos produk yang diimport meningkat, seterusnya membawa kepada penurunan dalam kuasa beli pengguna.

Ketua Ekonomi Global Juwai IQI Shan Saeed berkata kemerosotan nilai ringgit disebabkan terutamanya oleh pengukuhan dolar AS, didorong oleh pendirian Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah dan kekal agresif dalam langkah-langkah mengetatkan dasarnya.

Pihak Fed telah menaikkan kadar faedahnya sebanyak 75 mata asas tiga kali tahun ini, membawa kepada aliran keluar modal yang ketara daripada pasaran sedang pesat membangun dan ini bukan sahaja menjejaskan ringgit malah mata wang lain juga.

“Ringgit mungkin mengakhiri tahun ini pada paras RM4.05-RM4.35 berbanding dolar AS,” katanya.

Selain itu, Shan turut memuji Bank Negara Malaysia sambil menyatakan bank pusat itu telah melakukan yang terbaik dari segi dasar monetari dan memastikan kestabilan kewangan dalam sistem.

Sementara itu, rakan kongsi urus niaga PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia untuk ekonomi dan dasar Patrick Tay berkata memandangkan masalah global yang semakin meningkat, kerajaan harus berhati-hati terhadap sebarang pengurangan dalam rangsangan fiskal seperti pengurangan perbelanjaan yang meluas.

“Saya berharap kerajaan akan melaksanakan inisiatif penting yang akan menghasilkan faedah jangka panjang yang berterusan tanpa banyak kesan jangka pendek,” katanya kepada Bernama sambil menambah pengurangan cukai perniagaan dan peribadi yang disasarkan juga amat diperlukan dalam persekitaran semasa.

Secara keseluruhannya, beliau percaya Bajet 2023 akan menyediakan peruntukan yang besar untuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan sokongan untuk rakyat dengan mengurangkan kos sara hidup.

Walaupun ringgit yang semakin lemah telah memberi kesan kepada beberapa sektor, pengendali perniagaan perkhidmatan wang Merchantrade Asia Sdn Bhd berkata perniagaannya terus melihat nilai dan jumlah kiriman yang sihat meskipun pada kadar yang lebih rendah sedikit berbanding tempoh sebelum pandemik.

“Dengan pembukaan semula sempadan dan penghapusan sekatan perjalanan, kami melihat lonjakan yang utuh dan pemulihan dalam perniagaan mata wang kami, dan ini juga menjadi faktor pertumbuhan kukuh dalam pengambilan e-dompet pelbagai mata wang Merchantrade Money apabila rakyat Malaysia mula mengembara semula untuk perniagaan dan percutian,” kata jurucakapnya.

Melangkah ke hadapan, Merchantrade berharap kerajaan akan memperkenalkan dasar-dasar yang akan menarik pelaburan langsung asing yang lebih kukuh ke dalam negara dan pelancong asing untuk datang ke Malaysia, tinggal lebih lama dan lebih banyak berbelanja.

— BERNAMA


Share219ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 month ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

3 months ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

3 months ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In