• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Securities Ambil Tindakan Ke Atas Dua DR Selepas Mereka Langgar Peraturan

in Berita
A A
Bursa Malaysia Securities Ambil Tindakan Ke Atas Dua DR Selepas Mereka Langgar Peraturan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia Securities Bhd telah menegur secara terbuka, mendenda serta mengarahkan pemecatan dua wakil peniaga (DR) kerana melanggar peraturan selain penyalahgunaan maklumat urus niaga pelanggan yang tidak wajar untuk menjalankan aktiviti dan perdagangan yang menyalahi undang-undang melalui penggunaan akaun pelanggan.

Bursa itu dalam satu kenyataan hari ini berkata Abdul Karim Yasin dan Sobri Ahmad masing-masing ditegur secara terbuka, didenda RM230,200 dan RM72,800 selain dikeluarkan sebagai individu berdaftar di Bursa Malaysia Securities.

Abdul Karim adalah DR bergaji daripada CIMB Investment Bank Bhd (CIMB-IB) dan kemudian, CGS-CIMB Securities Sdn Bhd (CGS-CIMB) bagi mengendalikan transaksi untuk pelanggan institusi CIMB-IB/CGS-CIMB. 

Sementara itu, Sobri pula merupakan DR bertauliah di Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIBB) yang bertindak berdasarkan arahan Abdul Karim. 

Bursa Malaysia Securities berkata Abdul Karim telah menyalahgunakan atau menggunakan maklumat dagangan beberapa pelanggan institusi CIMBIB/CGS-CIMB termasuk mengarahkan Sobri untuk membeli/menjual di kaunter yang sama yang didagangkan olehnya bagi pelanggan institusi melalui penggunaan akaun pihak ketiga di HLIBB dan melaksanakan dagangan harian yang menguntungkan.

“Bursa Malaysia Securities memandang serius semua pelanggaran/salah laku yang menjejaskan integriti dan kelakuan profesional/etika DR serta orang berdaftar dan yang menjejaskan perlindungan pelanggan kerana salah laku itu boleh merosakkan integriti pasaran termasuk keyakinan pasaran.

“Bursa Malaysia Securities tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dalam salah laku sedemikian atau gagal menjalankan tugas mereka dengan jujur atau berintegriti serta bertindak demi kepentingan terbaik pelanggan dan menjejaskan kerahsiaan maklumat pelanggan termasuk mengeluarkan orang berdaftar daripada daftar dan mengenakan denda setimpal dengan keseriusan pelanggaran itu,” katanya. 

Ia menambah lagi, teguran awam itu dikenakan sebagai pertimbangan untuk mewujudkan kesedaran pasaran dan mengukuhkan pandangan serius yang diambil oleh Bursa Malaysia Securities mengenai kesalahan pasaran serta pecah amanah oleh orang berdaftar yang menerima kepercayaan pelanggan.

— BERNAMA

Share249ShareSend

Related Posts

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif
Berita

Rundingan AS-China: Ada Sinar Positif

1 year ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 year ago
Pasaran Serantau Merudum Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 year ago
5 Kesilapan Besar Yang Perlu Dielakkan Oleh Pelabur Baru
Berita

Pemansuhan Kadar Faedah Rata Pinjaman Peribadi Boleh Kekang Hutang Isi Rumah, Risiko Bankrap

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In