• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

PJD Link Rancang Penyenaraian Di Bursa Malaysia Melalui RTO

in Berita, Saham
A A
PJD Link Rancang Penyenaraian Di Bursa Malaysia Melalui RTO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) –PJD Link (M) Sdn Bhd (PJD Link), pemegang konsesi bagi cadangan Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway) merancang penyenaraian di Bursa Malaysia Securities Bhd melalui pengambilalihan terbalik (RTO) Scomi Energy Services Bhd yang tersenarai di pasaran utama.

Dalam satu kenyataan hari ini, PJD Link berkata syarikat itu dan para pemegang sahamnya, PJD Link Holdings Sdn Bhd dan Noblemax Resources Sdn Bhd telah memeterai perjanjian rangka kerja (FA) dengan Scomi Energy Services bagi cadangan pengambilalihan PJD Link tersebut pada harga indikatif kira-kira RM922 juta.

Ia berkata pihak yang terbabit dijangka menandatangani perjanjian muktamad untuk cadangan pengambilalihan itu dalam tempoh 60 hari.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Ketua Pegawai Eksekutif PJD Link Expressway, Amrish Hari Narayanan berkata FA tersebut adalah langkah penting untuk penyenaraian dan selepas menjadi syarikat tersenarai, syarikat itu akan dapat memanfaatkan pasaran modal ekuiti untuk mendapatkan pembiayaan bagi pembangunan dan pembinaan PJD Link Expressway.

“Selain itu, pelaporan prestasi kami mengikut keperluan penyenaraian Bursa Malaysia, ia akan meningkatkan tahap ketelusan dan tadbir urus kepada orang ramai,” katanya.

PJD Link Expressway adalah lebuh raya berkembar empat lorong sepanjang 25.4 kilometer yang akan bermula selepas Plaza Tol Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (Lebuhraya Sprint), Damansara dan berakhir di Persimpangan Lebuhraya Bukit Jalil.

Setelah siap, Lebuhraya PJD Link akan memainkan peranan penting dalam menyuraikan kesesakan lalu lintas kerana ia menyediakan sambungan utama dengan enam lebuh raya utama termasuk Lebuhraya NKVE, Lebuhraya SPRINT, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Pantai Baru, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Bukit Jalil.

PJD Link menandatangani perjanjian konsesi dengan kerajaan pada 5 April, 2022.

— BERNAMA

Share304ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In